Saturday, May 1, 2010

wahahahahhahaa...mari membaca~~

ok sekarang ni aku agak rajin nk berblogging..lalu dengan sepantas kilat sebelum kerajinan aku lesap begitu sahaja, adalah lebih afdal aku mengupdate blog..yaa, of course semua ini khas untuk pembaca-pembaca setia aku~~wahahahaha..perasan jap..~~fuhh melayang-layang~~

ok aku sekarang rasa macam nak tulis cerpen.cerpen tu adalah singkatan kepada cerita pendek.bukan cerita panjang.kalau cerita panjang ianya akan menjadi cerpan..haha..sekarang marilah bersama-sama menghayati serta berimaginasi bersamaku masuk ke alam yang cuba saya bawa anda untuk anda bersama-sama merasai keseronokan dan kebahagian hidup di blog saya ini..(hahahahaha)..dengan ini i presenting~~jeng jeng jeng~~SAYA SUKA MAKAN KACANG.. yaaa yang telah di caps lock kan itu adalah tajuk kepada cerpen saya..semua bersedia..?mari kita zoooooooooooooooooooooommmmmmmmmmmmm...~~~~~


SAYA SUKA MAKAN KACANG

Pada suatu hari saya pergi ke kedai. Sebab apa saya pergi ke kedai? Sebab mak saya suruh.Mak saya suruh beli barang.Alaaa barang-barang dia nak masak. Lalu saya pun pergi la ke kedai dengan seikhlas hati.Tapi saya mintak upah la kat mak saya.Mak saya bagi upah 50sen. Saya sangat gembira sebab 50sen tu banyak woooo..oh lupa nk bgtau.Saya baru berumur 9 tahun.

Lalu sesampai sahaja saya di keldai,eh silap bukan di keldai tapi dikedai,saya pon melilau-lilau cari barang yang telah dipesan. Namun saya tidak pasti apakah yang bermain di fikiran saya sekarang ini. Sepatutnya barang-barang yang dipesan itu disimpan di dalam minda separa sedar saya. Tapi minda sedar saya tak dapat nk interpret plak dari minda separa sedara(sedar la) saya..Lalu saya pon window shopping di situ macam tak ada tujuan datang ke situ..

Tiba-tiba,saya ternampak sesuatu yang memikat hati dan limpa saya. Saya pon membelek-belek bungkusan yg telah memikat saya walaupon bukan dengan siulan atau bunyi-bunyi tikus yang memualkan. Ya, itulah kacang Ngan Yin..hahahaha..saya seperti dipukau dengan rasa gembira apabila dipikat oleh kacang tersebut..Lalu setelah membuat pertimbangan yang rapi, saya pun membeli kacang tersebut dengan harapan bahawa itulah barang yang telah dipesan oleh emakku..

Sesampainya saya di rumah saya telah mempersembahkan barangan yang telah dibeli oleh saya kepada emakku..Lalu emakku dengan rasa gembira memarahi ku kerana barang yang aku beli bukan lah apa yang dia jangkakan..tetapi aku tak kisah.Sebab saya baru perasan yang saya suka kacang.Hasilnya kami sekeluarga makan nasi berlaukkan kacang pada hari itu..

SEKIAN TERIMA KASIH

Akhir kata dari saya, terima kasih kerana sudi membuang waktu anda di sini..hahahaa