Monday, March 28, 2011

Mat salleh sesat

waaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrggggggggggghhhhhhh----->menguap tahap tak sopan nih..
Walaupon dah kuyu mata aku nih tapi dengan tidak menghampakan peminat-peminat aku akan bermadah sedikit tentang memoirrrr aku semalam sewaktu pulang ke kota untuk mencari rezeki..ewaaahhhhh~

Sebelum itu mari aku singkap cerita yang lain dahulu.Begini. Pada suatu masa dahulu ada seorang professional yang mempunyai kelulusan dalam bidang perlautan dan segala benda yang berkaitan dengan laut.Hal yang demikian termasuklah spesies-spesies hidupan laut, arah mata angin, menetukan arah menggunakan kompas, mengemudikan kapal dan apa-apalah yang berkaitan dengan laut. Tapi malangnya, si profesiooooonal ni sombong nak mati.Mari kita gelarkan dia sebagai Karim bukan nama sebenar.So sape-sape nama karim jangan tersinggungg ye sebab tu bukan nama sebenar-benarnya..he he he. Jadi dengan perangai karim yang bongkak dan angkuh nih, die menjadi bualan hangat dalam topik-topik utama sewaktu aktiviti mengayam ketupat cicah rendang ayammmm. Tak kurang juga yang mengkagumi si karim nih sebab, ye lah ada profesional qualification la katakan. Nak dijadikan cerita ada lah seorang nelayan di kampung tuh..(bayangkan je lah)..Mari kita gelarkan saja si nelayan nih Nela..(haha)..itu cuma nama samaran nya sahaja..nama sebenar? Rahhhhsssiiiiiiaaaaaaa uuuuuuuuuu...hhahaha..Si nela nih memanglah tetiap hari ke laut menjalankan tugas sebagai nelayan. Nak dijadikan citer lagi si Karim nih memang menyampah benau dengan si Nela nih..macamlah si nela tuh kemaruk sangat dengan si karim nih..huh perasan! Tapi si Nela ni tak menyombong walaupun si karim nih mengata macam-macam dengan die tapi die pekakkan saja hidung die.Lantak kau lah nak cakap ape.Ada aku kesah? begitulah monolog dalaman pemuda bernama Nela ini.Mulia sungguh hatimu kanda..huk huk huk..(gedik sangat pegi mampusss)..Ok biar aku pendekkan citer je. Karim nih selalu berlagak lah maklumlah orang ada ijazah(profesiooonal punya lah). Nela pulak cuma ada sampan dengan jalanya yg buroookkk. Berok die pon ada bela sekor.Diberi nama james brooke..(keh keh keh)..boring-boring james brooke akan pergi memetik kelapa mengambil upah takpon tolong orang buat amal cari kutu kt kepalahotak. Lupakan sekejap cerita james brooke.Ia bukanlah watak utama skg nih.Sambung balik tadi. Si karim nih selalu lah memandang rendah dekat si Nela kerana dia sangka die bijak lebih drpada Nela. Suatu hari mereka beradu tenaga dengan pergi belayar. Meraka tetapkan siapa dapat pergi ke Pulau Alajazam then patah balik ke kampung mereka dalam masa yg paling pantass akan dapat berkahwin dengan puteri raja.(oh sesuka hati kauuu je).Jangan perasan.Bukan dapat kahwin tapi dapat Nama sahaja kat kampung tuh. So mereka pon setat lah belayar. Si karim tentulah menggunakan segala teknologi kejuruteraan yang beliau pernah belajar di atas kertas suatu ketika dahulu dan belayar menggunakan kapal yang gah! di mata kampung itu.Karim mengaplikasikan segala teori yang pernah beliau hapal dahulu.Namun Karim lupa yang die tidak pernah ada pengalaman belayar walaupun basic knowledge tuh ada.Manakala si Nela cumalah belayar menggunakan sampannya yang buruk bersama jalanya yang burukk dan berrok nya yang buruk a.k.a james brooke. Dan semuanya begitu mudah bagi Nela keran Nela cukup well versed dalam mengemudi arah dan tujuannya. So pemenangnya adalah Nela dan Karim adalah pengalahnya. Jadi moralnya di sini janganlah memandang rendah dengan manusia lain hanya kerana kamu lebih sesuatu daripada mereka. Ingat Nelayan tuh boleh dikatakan pencetus minda para jurutera-jurutera marin(or whatever it is).Mereka tau bagaimana menentukan arah melalui bintang kalau time malam.(rasanya lah)..Semuanya dari pengalaman mereka.Ingat! Pengalaman itu amat bernilai tak dapat dibeli dengan wang rupiah mahupun Dinar.Kupang apatah lagi.

Sekarang aku nak cerita kisah benar yang terjadi semalam waktu aku pulang ke kota...(mcm ulang je ayat nih)..Cerita kat atas nih cuma rekaaan aku..Jangan lah marah.Nanti cepat Tua. tenaok macam aku mudaa je lagi.Tak nak tanya petua ke? Aku takda petua.(sebab perasan muda lagi)..

Di suatu petang yang dingin ada seorang gadis terhuyung-hayang(bajet kurus lah dibuai angin kencang.sembang kencang adalarr) terhegeh-hegeh baru nak pergi beli tiket bus nak balik ke kota raya. Jadi naiklah ke bus menuju ke kota raya naik atas lebuhraya bus rosak pulak kat ipoh raya(saja tambah bagi sedap). Turunlah semua makhluk kat dalam bus tuh melepak kat tepi lebuhraya tengok kereta menyesup-nyesupp atas lebuhraya bajett laajuuu..Blaahhhh laaaa..Pandu cermat jiwa selamat lah weeeiiii..Ingat orang tersayang lahhh..! Si gadis tadi tuh duduk la bersila atas lantai bersimenkan intan berlian bertahkhta kan batu permata.Ok tipu.Duduk atas pasir bertemankan rumput rampai bersama semut-semut yang sentiasa berlari ke hulu ke hilir bajett rajin..Berlakon plak semut nih depan aku.. So Denagn cahaya matahari yang memukau yang sentiasa membantu dalam proses fotosintesis. Yang memberi makna kepada biasan cahaya jika ada pantulan cahaya ke atas air (ye ke?). So tengah melepak-lepak tuh,mestilah order teh tarik plus dengan roti canai spesial kan?Ye la tuh.Dalam mimpi saje. Tetiba muncul mat salleh dari mana entah datangnya dengan lagak seperti pengembara yang sangat berdedikasi pergi jalan buat tak tahu je kat kitorang yg tgh senang lenang melepak tgu bus ganti sampei nih.Mat salleh tu pergi menuju barat daya dari arah si gadis td tuh. Mat salleh tadi tuh pon mencuba nasib menahan kereta dengan aksi yang biasa kita lihat dalam drama-drama di TV mahupun di panggung wayang. Dalam hati si gadis, ada ke orang yang berani nak bagi tumpang?maklumlah bukan kenal pon. So dalam dok bermonolog tuh PaaP! kereta MyVi taksilap lah warna putih berenti dan bagi mat salleh tadi tuh tumpang. So Pakcik kat sebelah aku buat-buat sembang pulak. Si gadis cuma mampu berkata rakyat mesia nih baik jugak yee..HA HA HA.. Bila bus ganti dah sampai memang nikmat tol masuk dalam bus tuh.Dari suhu 139 darjah celsius ke suhu -12 darjah celsius memang manntopppp! (suhu tu aku tipu)..So bermula lah balik journey yg tertangguh untuk berapa jam minit saat dan apa-apalah..Sekian Terima Kasih.

Jalan-jalan dalam tidur~~~

Friday, March 25, 2011

Cerpen tengah malam

Fiuuuuuuhhhhh~~angin malam menghembus dingin..(padahal angin kipas)

Selamat Pagi saya ucapkan kepada rakan-rakan dan taulan *sambil kedengaran lagu pukul tiga pagi* .Bagaimana jika saya bercerpen malam ini (pagi le)? *kedengaran semua bersorak 'NAK!!!'* (berangan macam tengah buat tour konsert).. said AAAAAAAAAAA...tatkala itu peminat-peminat saya dengan semangat bersorak AAAAAAAAA..(tak habes berangan lagi)..PUKK! ok skang cakap sape baling batu sembunyi tangan nih?

Sempena menghargai keinsomniaan saya pada malam ini mari sama-sama kita menghayati cerpen yg dituju khas buat para-para sakura...err I mean para-para insomnian sekalian. Tajuknya adalah Bunga tanjung~~cantik berseri~~sori sori tetiba ternyanyi plak..Tajuk nya akan saya beritahu sejurus cerpen ini menemukan penamatnya.Atau mungkinkah cerpen ini akan mempunyai siri?? Sama-sama kita tunggu dan lihat sajalah kemana imaginasi ini akan membawa kita.Ke hulu kah, ke Hilir kah Ke lautan dalam kah, Ke Laut china selatan kah, Ke lautan merah kah, Ke lautan yg bergelora kah Atau ke mana-mana sajalah. Sudahlah sila bercerita sajalah. !

Maka bermulalah satu hikayat yg tak luput dek zaman dinosaur sebab sempat lari time dinosaur kejar.

Tersebutlah kisah, di sebuah negeri yang terkenal dengan nama jolokan negeri Matematik. Al kisah negeri ini mempunyai penduduk yang berbilang-bilang dari zero ke hero. Jadi nak dijadikan cerita adalah seorang pemuda yang gantang tetapi tak lah gagah apatah lagi perkasa. Pemuda tersebut telah diberi nama Abu Tujuh di mana Tujuh itu adalah sempena menghargai negeri Matematik yg berbilang-bilang di samping juga si Tujuh ni lahir pada tujuh haribulan tujuh tahun tujuh puluh tujuh sebelum tahun rex dinosaur. Si Tujuh ni, erm saya rasa sebutan nama Abu itu lebih lah kesedapan dan kelemakannya di mana jika masuk pertandingan memang boleh memang dengan kecukupan rasanya. Maka Si abu ni sejenis manusia yang tidak pernah mengenal erti hidup dengan mendalam lagi kerana dia cuma berada di rumah mengambil upah memotong kayu sahaja. Orang yang ingin memotong kayu akan datang ke rumah Abu dan Abu akan melakukan apa yang patut. Setelah beberapa minit (menipu gile) Abu melakukan kerja itu beliau mula rasa bosan dan rasa sangat down (tiba-tiba lagu down berkumandang *baby are u down down down down down down~~down~) kerana Milah (bukan nama sebenar) selalu mengejek si Abu ni katak di bawah tempurung. Abu bengang sebab Milah tidak tahu apa itu katak tapi pandai saja sebut katak. Jadi Si Abu nih pergi lah mengembara ke seluruh dunia. Selama Abu mengembara, barulah die dapat belajar erti hidup dan menginsafi serta muhasabah diri apabila melihat begitu banyak jenih manusia kat atas muka bumi. Abu belajar banyak benda dengan pengalamannya mengelilingi dunia dengan menggunakan duit peninggalan tok nenek moyang die yg terdiri dari golongan bangsawan pada zaman dahulukala.Jadi sepulangan abu ke kampungnya beliau terserempak dengan milah yang semakin melawa entah dari mana pengaruhnya.Abu pon menegur si Milah mungkin kerana terpegun ataupun terpempan atau mungkin juga berlakon terkejut melihat perubahan milah yg sgt tak berapa nak ketara(sebenarnya milah dari dulu macam tuh cuma abu je yg tak endah). Jadi Abu cuma berbasa basi saja sebab milah tengah bagi ayam makan dengan fokus.Jadi dengan tidak mahu menjatuhkan air muka dek tidak dilayan oleh milah cukuplah sekadar tanya 'Buat pe tuh Milah?' walaupun dah terang-terang die nampak si milah nih bagi makan ayam dengan fokusnya. Setelah berbasi-basi abu pun balik ke rumahnya, mandi, solat, tidur sebentar dan bangun pergi ke padang. Beliau menikmati keindahan alam sebelum pulang ke rumah dengan cuma berjalan kaki.(10,000 langkah sehari). Dipendekkan cerita, Abu tau beliau tidak boleh memandang rendah(bila masa die pandang rendah kat orang?) dengan manusia kat atas muka bumi ini. Hidup di dunia jangan sombong dan bongkak. Abu pon pergi meminang milah.Mereka berkahwin dan hidup bahagia buat selamanya...~~TAMAT

Jadi tajuk bagi serpen ini adalah Abu Dan Pengembaraanya..Sesuai kan?

Terima kasih kerana membuang sedikit masa anda di sini.Tolong vote cerpen ini supaya dapat menjadi cerpen paling popular dalam anugerah bintang popular yang akan berlaku tak lama lagi.Satu undian akan disalurkan kepada negeri matematik supaya bertambah lagi nombor yg akan menyumbang kepada kadar populasi penduduk badan-badan bersekutu dan bersepadu.

Statistik negara boleh berubah-ubah,
tak kisahlah dalam kategori mana pon,
Nak vote ke tak ni hah?
Mungkin cukuplah sekadar di pinggiran?(ini pantun baeeek punya.sape berani jawab lahhh haha)

Sekian,Terima Kasih.

Friday, March 18, 2011

BOOKS. ERM..WHAT'S THAT DUDE??

SELAMAT PAGI~~ Menari-nari riang gembira dipagi hari..lalallalaa~~(sambil berpusing-pusing 360 darjah)

Tahukah anda bahawa hari ini merupakan hari buku sedunia?? Sebenarnya I'm not sure the exact date but tadi aku tengok TV (Telebesen) mereka yg kt dlm TV tuh mengucapkan 'Selamat Hari Buku Sedunia'. Weh Erra Fazira pon wish gak wehhhh.. So, aku assume today is the day lah.. Since it is a book world day, aku nak membincangkan pasal buku lah kat sini dimana kita tahu buku semakin dilupakan dalam arus modenisasi dunia kita hari ini.(kesiannn kat buku..Sila lah baca buku utk tidak kesian..hehe)

Jum kita tgk apa Urban dictionary cakap (hehe)..

* Something we stopped caring about after the internet came along* Yes this is kinda true..Oh aku nak tunjuk lagi satu maksud yang memang tak boleh blah punya lah..


* A metaphor used to describe a chick's perfect ass when you are inside of a book store*.What the lah..haha..This is totally out of topic..sengal tol..hahha

Ok yang tu baru dua, banyak lagi maksud yg merapu rapik kat dalam dictionary bandar tuh.

Buku seperti yang semua orang tahu adalah helaian-helaian kertas yang mengandungi perkataan yang sangat best dibaca (positive thinking) dan boleh membuatkan seseorang menjadi pandai dan bijaksana dari segi mental dan kerohanian (erk)..Dan selalunya orang yg suka baca buku nih digelar dengan nama-nama yang sangat bijak di pendengaran kita di mana antaranya adalah bibliophile, bibliophilist, philobiblist dan yang paling best digelar ulat buku(bookworms)..
Selalu orang miang je kita panggil ulat bulu..Tapi Ulat buku lagi high standard la dalam kalangan keluarga ulat-ulat sedunia..Ulat sampah Yucckkkkkssss lagi lah low standard...So para ulat-ulat sekalian nak jadi ulat ape?? hahaha..Ulat buku nih mungkin dalam kalangan ulat beluncas yang akan bertukar menjadi rama-rama bila ilmu penuh di dada..Dan menjadi gemilang terbilang dan...erk apa lagi satu ar?....By the way betol ke ulat beluncas yang jadi rerama ke ulat.....tak pun ulat....ulat ni kot...erm whatever lah.....

Ok lah chow cin cau dulu lah..Nak pergi baca buku ulat apa yang jadi rerama sebenarnya...kekekkekekekekke...

Adiosaaaaaaaa~~

Sunday, March 13, 2011

Taiping heritage city~~

hai semua org tepeng~ dan juga org-org~ dan juga lah kepada semua org di atas muka bumi ini.. Harini aku nak citer pasal bumi tepeng si bandar warisan.. Selalunya kalau org tanya aku apa ada dengan tepeng..Aku dengan lemah longlainya akan menjawab tak dak pape pong kat sana..TAPI!! Sebenarnya aku silap..Jawapan yg aku berikan semasa kelemah longlaian aku itu sama sekali TIDAK BENAR DARI SEGI AKAL LOGIK MAHUPUN FANTASI..Kenapa???? Ha ini yang akan kita kupaskan hari ini supaya tidak ada lagi selisih paham mahupun tercekik kulit akibat lupa nak kupas kulit..

*jangan lupa kupas kulit dulu baru makan*

Walaupon taiping ingin mengekalkan kewarisanan nye namun banyak pembangunan telah dilakukan dalam beberapa dekad yang lalu. Kini Taiping dah ada Taiping Sentral(TS) dimana kat dalam bangunan ni terdapat panggung wayang,karoke jamban,snooker,shopping mall dan sebagainya lah..(wah boleh tuntut komisen ni tolong promote nih..kakakka)..kat sebelah TS plak ada Tesco..wah lagi Maggi lah penduduk taiping..HAHA..(aku tak pasti apasal aku tulis maggi kat situ)..memang menarik lah bak kata pepatahnya~~


Gambar kat bawah ni kira macam tengah-tengah pekan tepeng lah..Kalau jam dah menunjukkan pukul 8 malam pon dah lengangg tepeng nih macam pekan koboiii...awai benor depa tutup kedai..

Gambar pokok kat bawah ni memang trademark malar segar si Taman Tasik lahh...Atau nama glemer nye Lake Garden..Huisyyhhh tak payah teka la umor pokok ni..memang dah berapa abad pon tak tau lahh..awet muda kan..still hensemm..apa lah petuanya agaknya..hmmmmm..(kekekkekekek)

**Taman Tasik yang permai bak kilauan permata..ewahhh**

**Ohhh Teratai bunga indah~~(lagu ramli sarip)**

Taiping memang glemer dengan Lake Garden nya..Walaupun dah tua tapi still gantang..View nya stilll cuunnn meletopss..Petang-petang ramai org melakukan aktiviti sehat kat sini..termasuk berjoging tak kira pagi mahupun petang... Tapi kini....(bajet iklan sedih)..aku dah lama tak menjengah kat sana..Anyways kalau korang yang kat luar sinun nun dulu soploh tahun dahulukala pernah melawat tepeng, aku sarankan pergilah tepeng pada hari ini kerana tepeng dah berubah tak sperti dahulu lagi..dah semakin bergaya..hehe

Apapon Selamat Datang ke Taiping~~

**entry khas si budak homesicks**

Sila belanja aku slurpeee~~tetibe je..kah kah kah

Friday, March 4, 2011

main main dengan kamus bandar~

*** Anda boring? Pergi lah main-main dekat urban dictionary.I try to find 'urban dictionary' definitions at urban dictionary & I totally agreed with above meaning..kekkekekekeke***

SABTU DATANG LAGI!! Quite a few my friends told that this week is quite fast running.They din believe that its already friday(yesterday's talked). But for sure time has never been accelerate neither decelarate. Maybe because of the hecticness(ada ke perkataan nih?) yg melampaui batas that is why kot.

I've no topic actually to write it here.But I think I want to talk about WORK. YES, WORK!!
Jangan lah terkezut sangat. Aku bukan nak mengutuk mahupun memuji. I just want to spread the joy and happiness all over the world. No that's not the point actually.

Ya knaw(slang mat salleh kunun) WORK basically people do because of money. Well let's see what people define work is at URBAN DICTIONARY . Well for me, I dont know how to define it because whatever we do we have to think positive. Let's imagining the success future because imagination bringing us to what we imagine subconciously.

~~kau harus ada..wooowooowowoo~~~-->nyanyi lagu HUJAN guna suara kecik..hehe

*tengok ada ke patot? tak patot tak patot*