Thursday, July 9, 2015

Magic Number 1089

Salam.Hi readers!


Ok back in my Uni life, I have this bunch of friend that love to blogs. So, my friend has created this one blog called nomborbulat. Basically the blog is all about mathematics. Yup, because we love mathematics that much & Just because we are math students. Heee. I just stumbled upon the blog just now & realized that the contents are good & hillarious! Ok let me just take one entry which was written by me. This awesome. No kidding.

Today, I want to do some magic by only using a basic algebra. This magic I name it as SUKA 1089. Why SUKA 1089? Jawapannya sebab aku suka-suka hati je letak nama magic tuh macam nih.. Ada orang tak pueh hati ke?? (hehe)

Orraiitt..Before anything happen,please prepare a pen/pencil & a piece of paper & calculator for a quick calculation.If u have a very strong memory, you can just use your brain to implement this magic.(walaweiiii)..

Sila ikut arahan dengan teliti.*U only can choose #1 until #9 only. #0 cannot ok.

1. Tuliskan 3 digit number dalam susunan menurun.For example 987.
2. Reverse kan number yang telah dipilih tadi.Nak gostan pon boleh.No hal punya.For example 789.3. Ok aku rewind balik...987 ---> 789 . Ada paham?
4. And then tolakkan kedua-dua number tersebut : 987 - 789 = 198
5. After that jawapan kepada solution sebentar tadi yakni yg telah dihighlight kan dgn kaler merah tuh i.e 198 , direverse kan pulak..sekali lagi nak gostan pon bolehhhh..198---->891
6. Final touch. Kedua-dua number yg baru generate tadi silalah tambah : 198 + 891 = 1089 !!!!!

Haaaa! camna? MAGIC kan? Well it's mathematics..Try if you don't believe me.You can use any numbers but please follow the instructions correctly. If you have any doubt, don't hesitate to ask me.(wahhh macam cikgu plak rasa...huehuehue).

Selamat mencuba!

**Mathematics is fun if u know how to enjoy it!!

Sunday, July 5, 2015

Erk....Tips Waktu Blackout?

Assalamualaikum wbt.

Tengah sedap-sedap tengok tv sambil tunggu azan mghrib nak berbuka puasa, tengok jam nak dekat berbuka dah nih. Lagi beberapa saat je nih. PAP! Blackout! Oooo mannnn! Mak aku aka cik lily pun p cari lilin pasang and berbuka lah kami didalam kegelapan. Bukan setakat gelap, panas, serabut, gatai nyamuk gigit, ketiak lenjun, peluh-peluh dan sebagainya lah.. Dugaan betol. Tips aku boleh bagi is Bersabar je lah. Sesungguhnya sabar itu kan separuh daripada iman.

Lepas dah berbuka tuh, lek lek jap, mak aku ajak p sembahyang terawih. Dok tertanya-tanya gaklah kitorang ada letrik ke masjid tuh? Aku pun kelam kabut cari telekung nak ikut lah, mak aku dah tunggu kat luaq dah. Pastu dengar bebudak kat depan tuh dok cakap kat mak aku, orang yg p terawih sume patah balik. Pandai-pandai je diorang nih. Aku yg mudah terpengaruh nih, tak jadi p lah, suh mak aku p dulu tengok-tengok keadaan. Mak aku pun p la masjid and dalam masa setengah jam lebih kurang dah balik. Aik cepat nau terawihnya! Memang taklah cepat sebegitu kan. Sembahyang Isyak jer. Mak aku cakap gulap gelita masjid. Cuma dok harap lampu dari henpong je. Even lilin pun takdak. Ajk masjid kena take note nih.

Nak menambahkan kusut keadaan lagi, henpon betri abeh pulak. Yelah tengah dok cas kot waktu tetibe blackout tuh! Adoi. Tapi sempatlah pos satu gambar lilin kat instagram @leinapana aku tuh. LOL. End up aku amik laptop, taip story nak post kat blog. Ha, story ni lah yg aku tengah citer nih, yg korang tengah baca nih.

Yang paling lejen bukak puasa makan sushi buat sendiri punya, makan makanan jepun atas meja jepun perasan muka cam jepung. Puih. Hahahahhahaha.

Tips untuk menghadapi situasi blackout:

>>      Pasang Lilin di seluruh sudut rumah supaya takdak lah terlanggar dinding-dinding disekelilingmu ituh pun adoi!

>>     Think Postive. Don’t  ever say perkataan ‘PANAS’ sebab, kata-kata kite tu kan satu DOA. Kalau kite dok asyik cakap panas, panas lah jadinyer.

>>      Duduk diam-diam and minum air sejuk. Sebab bila minum air sejuk, badan pun rasa sejuk.

>>   Ambil kertas atau apa-apa lah yg boleh dijadikan kipas. Kipas lah guna tangan korang yg sado tuh. Heheh

>>    Bersabar je lah and redha je lah.

>>     Kalau rasa tak sabar cer kol tnb tanya apa cer bro?

>>     Sentiasa look things at the bright side. Benda kecik takda hal la bro. Hope for tonight only. Later it will be ok. I wish lar. See how positive I am!

>>     Kalau rasa tak tahan sangat, korang start motor p la round satu dua round kat roundabout sana. Eh!

>>     Pestuh boleh jugak nak start kete bukak aircond kuat-kuat tala kat muka. Amacam?

>>    Hurm, tu je kot. Nanti kalau ada lagi I’ll update okay? Peace yaw!

Ok , rasanya peluh aku pun kalau tadah dah boleh buat mandi balik. Aku nak p perderas naik moto jap. 


P/S: kalau dipikirkan, peluh ni kan bagus. Buang toksin kot. Toksin kan penyebab jerawat. So dah buang toksin, maksudnye buang jerawatlah. Ditto! Sesiapa pernah belajar critical thinking, Ya knaw what I mean! Right?

Ok bye! Till then!

From Taiping With Laf.




Saturday, July 4, 2015

Resepi TRIFFLE yg MUDAH dan SEDAP

*post ni telah dicopy and paste dari blog saya yg saya tak ingat passwordnye. It was posted on 3 aug 2013! Hehe*

[QUOTE]

RESEPI TRIFFLE !! Yummeh!

Salam Ramadan semua! Tinggal beberapa hari je lagi nak raya kan?
Di pagi hari yang penuh barakah ini, saya dengan berbesar hati ingin berkongsi resepi Triffle kegemaran ramai tu! He He He. Triffle tu sejenis desert atau pencuci mulut yg mengandungi 3 layers dan triffle ni juga mengeyangkan tau.

*Ermmm yummyyyyyyyy*

Ok bahan-bahan yang diperlukan adalah:
-Kek gulung swiss roll (perisa terpulang pada hak individu masing-masing)
-Tepung kastard
-Serbuk jeli agar-agar
-Susu cair
-Buah-buahan (koktel, peach, etc)
-Perasa minuman (yg ni optional)
*Gambarajah menunjukkan bahan-bahan yg saya guna*

Langkah 1:
Ambil kek swiss roll anda dan potong nipis-nipis. Saiz ikut suka hati hang. Saya guna kek swiss roll perisa coklat. Boleh je nak guna perisa pandan, stoberry, perisa selipar erk, senang cakap ikut suka korang lah! Ehehehee. Potong macam gambar kat bawah ni.

*pisau tu tajam. Be careful ya!*

Langkah 2:
Susun kek-kek yang telah dipotong ke dalam bekas. Saya guna bekas kecik jadi kena pakai dua bekas. Bab saiz bekas ni pun terpulang. Kalau ada loyang tu lagi bagus. Sekali harung je.
*susun susun susun sampai penuh bekas*

Langkah 3:
Kek yang telah disusun sila mampat-mampatkan pulak. Jangan bagi ada ruang langsung. BWAHAHAHAHA (eh apasal gelak jahat nih?)

*Ha mampat macam ni*

Langkah 4:
Bekas tadi letak tepi dulu. Sekarang kita nak buat 2nd layers i.e puding. Ambil tepung kastard bubuh 3 sudu besar penuh ke dalam periuk.

*Nampak 3 sudu penuh macam ni*

Langkah 5:
Now tuang satu tin susu cair ke dalam tepung kastard tadi.

*tuang je satu tin nih*

Langkah 6: 
Lepas tuh guna tin susu tadi isi dengan air pulak. Tuang satu tin air pula ke dalam kastard kita td.

 *yes macam ni. isi air pulak penuh satu tin. ratio susu : air = 1 : 1*

Langkah 7:
Kastard tadi korang masak lah atas api. Then jangan lupa letak gula. Letak dalam satu senduk. Gula letak nipis je macam i letak ni. Sebab kita tak nak puding ni manis sangat. Sebab kek and jeli dah manis :)

*gula ambik satu senduk light2 je. jgn menggunung ok. nanti tahap gula dlm darah yg menggunung*

Langkah 8:
Sambil masak tuh kacau-kacau lah puding tu sampai terasa pekat. Nak tau dah masak ke belum, korang tgu dan kacau sampai puding kastard tu membuak-buak macam lava kat gunung berapi tuh. Geddit? Bluppp Bluppp Bluppp...Lepas dah mendidih membuak-buak tuh, tutup api then terus angkat and tuang ke dalam bekas tadi yg telah dimampatkan dengan kek tuh. Puding ni cepat keras so, kalau boleh time proses menuang dan memenuhkan bekas dengan puding ni, tutup kipas please, Dah siap baru boleh bukak kipas balik. Hehe.

*Cepat je keras nih*

Langkah 9:
Lepas tuh susun buah. Saya guna buah peach dalam tin tu. Buah die besar-besar jadi saya potong la sikit and susun kasi penuh atas puding tuh. Kalau nak guna koktel pun boleh. Tapi kalau guna buah fresh lagi bagus! Terpulang pada kreativiti anda!

*susun penuh-penuh buah baru sedappppp*

Langkah 10:
Now sampai ke layer paling atas iaitu jeli agar-agar. Saya guna jeli perisa asli sebab saya nak tambah perisa kegemaran saya sendiri i.e blackcurrent. Boleh je beli jeli yg siap ada perasa tu tapi saya tak suka bau ia je. Ada sikit macam bau ubat. Jadi saya sarankan you all beli yg asli, then tambah perisa sendiri ok. Selalu kalau jeli warna merah memang nampak menarik triffle tuh. Trylah guna perisa strawberry ke, raspberry ke and etc. Jeli senang je buat. Tuang je serbuk jeli tuh, then tambah air 400ml. Nak sukat 400ml tuh boleh guna botol air mineral 500ml/600ml. Korang agak-agak la 400ml banyak mana dari botol tu. And jgn lupa tambah perasa kegemaran anda! 

*perasa original-asli*

*perasa blackcurrent and warna purple*

*masak jeli*

Langkah 11:
Tuang je agar-agar ke dalam bekas tadi. Tunggu sampai sejuk & sampai agar-agar keras. Lepas tu baru kasi letak dalam peti sejuk. Tadaaaaaa! Dah siap!

*Then tuang dalam bekas tadi.Make sure puding dah betul2 keras*

Langkah 12:
Potong kasi cantik-cantik and ready to EAT! Aipppp tunggu bukak pose karang ye. Selamat mencuba!!

*Yummy*

Sekian terima kasih.

[UNQUOTE]

Pangkor Trip - Budget punyer~

Assalamualaikum..

Antara ubat ketenangan hati adalah dengan melihat keindahan alam. Antara keindahan alam yg memang tidak dapat disangkal lagi adalah laut yg terbentang luas. Aku memang suka bebenor dengan laut. Sanggup pakai sunblock bagai, padahal hari-hari biasa nak pakai bedak pun malas apatah lagi nak pakai mekap. Jadi, setiap kali ada kesempatan aku akan plan pergi laut. Aritu cuti aku pergi pangkor and penang. Kat pangkor tuh adalah buat aktiviti snorkeling and island hoping. Tapi kat penang aku p mandi-mandi jer. Jadi sementelah aku telah kesana, hatta kiranya mahulah saya berkongsi satu dua rasa dan pengalaman yg amat bermakna ni. Boleh juga dijadikan sebagai panduan jika mahu kesana lagi.

So, bertolak kami 4 orang ke pangkor dari taiping. Bapak aku and adik aku 2 org. Kitorang ikut jalan lama tak masuk highway sbb lebih dekat dan mudah bak kata bapak aku lah. Perjalanan dari taping ke jeti lumut mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam jugak lah. Sampai je kat jeti lumut aku park lah kereta aku kat dalam tempat parking bawah bumbung punya. Tak silap aku rate parking dalam 60 sen sejam.

So, on the way kitorang jalan ke jeti, tetiba ada plak pakcik ni tanya, nak p jeti ke? Jeti arah sini, tunjuk pakcik tu ke suatu arah menghadap kehadapan kitorang. Eh tetiba pakcik ni ramah pulak nak sembang bagai, rupanya pakcik ni agen penginapan and ada business sewa kereta jugak kat pangkor tuh. Tapi bagus jugak strategi pakcik ni, tunggu kat jeti lumut. Kalau nak tahu, kat pulau lepas turun boat kt jeti belah sana tu memang lagi ramai agen-agen yg tunggu. Nampak tak permainan dia? Haha. Sebenarnya kitorang memang tgh gugel penginapan pun waktu pakcik tu tanya. So, macam pucuk dicita ulam mendatang. Aku pun book je lah kat pakcik tuh. Kitorang stay kat Chalet Purnama sebab dalam chalet tuh ada kolam renang. Tu je sebabnyer. Haha. Bilik yg aku stay nih, ada 3 katil bujang. Tak ingat namanya apa, standard room ke apa tah. Tapi ada 3 single bed. Rate satu malam lebih kurang RM170++ plus GST. Kitorang stay 1 malam je sbb ni percutian 2 hari 1 malam.

Lepas dah book bilik ngan pakcik tuh, aku and the geng pun berjalan dengan riang ria menuju ke jeti. Sampai kat jeti pulak, kena beli tiket boat Rm 10 pergi balik. Tiket tu kena simpan sebab waktu balik kena tunjuk tiket yg sama. Maka, naiklah kami berempat ke atas bot menuju ke pulau pangkor. Waktu naik bot tuh memang aku teringat kenangan p camping waktu kat matrix dulu. Terbaik dowh. Selalu ramai jugak yg cakap pangkor boring lah, tak dak pe sangat lah blab la bla… But for me Pangkor is the best place to visit and to enjoy if you know how to. Pergi mana-mana pun akan jadi best kalau u tau nak enjooyyy. Tapi for me, still kesederhanaan is the best. Ok, berbalik kepada perjalanan boat tadi. Bila boat berhenti di perhentian pertama jangan turun lagi. Turun waktu di perhentian kedua.

Bila dah sampai pulau pangkor tuh, dapat kereta sewa, apa lagi cari tempat nak tido lah. Pangkor ni kecik je. Pakcik tu kata kita takkan sesat dalam pangkor nih. Kalau korang sesat, korang orang pertama yg mencatat sejarah sesat di pulau pangkor. Pakcik tu lah kata. Ha, yo lah tu pakcik. Bapak aku lah drivernya. Mencari-cari Purnama yg akan menjadi tempat kami merehatkan diri dan merecharge tenaga untuk aktiviti laut keesokannya.

So, esoknya kitorang pergi brekpes dulu sbb dapat voucher brekpes kat chalet tuh. Lepas makan sarapan, kitorang terus pergi snorkeling. Sebenarnya pagi-pagi before brekpes tuh kitorang dah survey-survey harga snorkeling & island hoping kt sepangjang jalan tepi laut. Dekat jer dengan tempat penginapan kami. Like 2 minutes walking distance. Kira jalan terus pastu lintas jalan terus nampak tempat yg diorang buat pakej aktiviti laut nih. Banyak je sebenarnya, so do not to worry. Just choose wisely jer. Aktiviti yg kami ambik is snorkeling+island hoping. Harga lebih kurang RM 15 satu kepala (kalau tak silap sebab dah lama tak hingat..heheh). First die hantar naik boat kat satu pulau nih. Kat situ boleh snorkeling sepuas-puasnyer.. Dah puas snorkeling boleh kol je org yg bawak boat tuh suruh datang ambik. Lepas tu orang bawak boat tuh akan bawak kite p melawat pulau-pulau kat situ. Ok lah, dengan rate harga yg murah tuh don’t expect much la ok. Haha.. But still Ok for me. Then, dah abeh main air, kitorang pun balik chalet & terus terjun kolam renang pulak. Berenang-renang like a boss. Lepas dah penat, dah sunburn, dah perang kulit, kitorang pun balik bilik bersiap utk check out. Lepas dah check out tuh, kitorang jalan-jalan pusing pangkor, pergi kota belanda. Tempat bersejarah waktu perjanjian pangkor dulu (if im not mistaken). Fuh, kalau nak tahu jalan kat pangkor nih dah la kecik, berbukit-bukau, bersimpang siur, memang giler ah naik kete manual pulak. Adusss. Next time kalau nak datang pangkor lagi, rasanya better sewa motor je. Senang, mudah, dan tangkas. Tapi kalau sewa motor, barang jangan banyak lah eh. Haha.

Ok, dah habis round-round pangkor, sampai berapa kali round pun tatau lah kan, tiba masanya nak pulangkan kereta dekat jeti. Dekat situ jugak kitorang membeli belah sotong kering, ikan bilis, souveniers dan sebagainya. Kat area situ kira area pekanlah. And finally, kitorang naik boat balik ke jeti lumut, and naik kereta balik ke tepeng. Selesai sudah pengembaraan kami ke pangkor. Pulau yg kecil tapi kaya dengan hasil laut. For me, pangkor best tapi please jangan compare kan dengan pulau perhentian or other island because it such a huge difference. Haha.

Semoga bermanfaat! Akhir kata, jangan jadi pelancong, tapi jadilah pengembara!


Till then!

Thursday, June 4, 2015

Setelah 4 Tahun...Rindu...!

Assalamualaikum wbt..

Ok aku tau memang lama giler tak update blog suka hati aku nih. Bukan sebab aku malas ke, bukan juga sebab aku bizi, malah bukan juga sbb aku tak dak idea….Tapi semua yg berlaku itu ada hikmahnya..Eh! Maksud aku, aku dah lama tak update ni sebab aku tak hingat password blog nih.. Heheh! Last aku update, aku tukar nama kat link blogspot tuh. Sebelum nih aku pakai punyapasal.blogspot.com. pastuh aku tukar jadi senyumjerlah.blogspot.com. Yerlah, punyapasal tuh cam ganas sangat pulak. Aku kan lemah lembut dan sopan santun, mana sesuai pakai nama camtuh. Ngahahhaa... Kalau korang nak tau, aku siap buat beberapa blog lain lagi. Tapi masalah lupa password aku nih menjadi-jadi pulak. Bila lupa password je, buat blog baru. Bila buat blog baru je, mesti lupa password. Adoi. Last-last aku try login blog sukati semalam, PAP! Eh betul pulak passwordnyer. So, aku terus ada semangat nak tulis blog. Sebab memang banyak betul benda aku nak luahkan kat sini. Eceh.

Bila tengok last entry aku tahun 2011. Fuh! Lebih kurang 4 tahun aku bagi blog nih berhabuk. Dah bersawang spiderman lagi. Bila baca semua entry aku balik, since zaman belajar lagi…Adoiii rindunyerrrr…Tak tau rindu apa. Tapi rindu lah, mebi rindu zaman dulu-dulu. Rindu kenangan indah suka dan duka. Kenangan berblogging bersama kawan-kawan.  Sekarang nih dah lain…sangat..

Bila piker balik, sekejap nau masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, aik dah 5 tahun aku keje. Maknanya dah 5 tahun aku tinggalkan zaman belajar aku.  Sekarang rasa nak tinggalkan zaman pekerjaan pulak nih. Tengah planning nak melebarkan sayap dalam bidang perniagaan atau pelaburan. Sebabnya, ntah. Rasa macam nak move on, tu je kot.

Dah lah. Cukup buat masa ini. Sampai ketemu lagi di lain warkah. Aku ada banyak khazanah cerika dan hikayat untuk dikongsi sebenarnya. Stay tuned!!

P/S: Kalau sedih, cuba selongkar blog aku. Memang merapu boleh buat korang gelak sorang-sorang.  Dah jadi kat aku, sebab tu berani rekemen kat korang. HEheHE!

Love,

Cik Sukahati.