Saturday, October 22, 2011

nak jadi cikgu lah

aku rasa nak jadi cikgu skg nih.nak mendidik anak2 bangsa supaya menjadi lebih bijak dalam mengahrungi arus modenisasi yg pesat ini.

aku dah bosan keje yg pressure tak tentu masa nih.kerja yg environment nye terlalu sosial.kerja yg sesetengah orang tak paham sensitiviti agama nih.pathetic to them.

dunia nih cuma tempat persinggahan yg sementara.macam R&R.selalu kalau jalan jauh kita singgah r&r utk makan dan bersolat. macam tu la analogi nye.

Cikgu kerja yg mulia kan. I really hope to be one.

Tuesday, October 18, 2011

Am i a silent monster?

Assalamualaikum semua!

haritu ada game kat opis aku. Ada sehelai kertas tampal kat belakang kita alah yg stick note ke hape ke namanya. So sesape pon boleh tulis kat belakang kita tu pendapat diorang mengenai kita. Macam bila kita tengok orang tuh,kita rasa dia orang yg macam mana. So, apa yang orang tengok aku adalah seorang yang:

-gila
-mengarut
-silent monster
-quiet?
-best!
-muka tak bersalah(pastuh ada lukih muka smiley)
-pose weirdly in the picture
-pretty
-robot
-hensem!!hahahaha
-alim(actually tulih halim pastu nampak lah padam huruf 'h' tuh)
-Abang Macho

Ni lah pandangan orang dekat aku. Memang aku tak tokok tambah hokkay. Tapi macam best je bila tau pandangan orang terhadap kita. Bcoz it doesnt a matter for me. Its not too wrong anyways and its not too right anyhow..ehehehhehehe..poyo lak.

walaupon aku tahu bukan ada orang nak baca pon blog aku yg olskool nih,but who la care kan bout that. selain mereka yg suka mengomen disini lah.hehe

diatas permintaan cik jari(sori lah poyo sikit) aku nak bagitau korang yg kambing tak de gigi atas weh.korang tau tak? mesti ramai yg taktau kan? kan?

ada satu cerita yg berbunyi :-

Pada suatu hari,seorang doktor haiwan atau lebih glenmer dipanggil veterinar pergilah melawat satu kampung yg nama nya dirahsiakan, Kampung yg rahsia plak namanya tuh,ramailah penduduk disitu membela haiwan2 dari pelbagai rupa dan bentuk. Jadi, adalah seorang makcik nih dia memang pengembala kambing yg termahsyur kat kampung tersebut. Jadi,tujuan veterinar tuh datang melawat kampung adalah untuk meninjau haiwan2 disitu jika manalah tahu ada masalah yang tak dapat penduduk kampung selesaikan yg dimana dokyor haiwan diperlukan. jadi(ntah bpe banyak jadi tah), makcik tadi tuh tetiba panggil doktor haiwan nih. Dalam keadaan yg tergesa2 dan keadaan yg bapak menggelabah.Mari kita ikuti perbualan mereka.

Makcik(M) : Doktor!Doktor!Doktor!Doktor!..saya ada masalah yang besar doktor.siang malam saya tak dapat tidor memikirkan masalah yg membelengu benak pikiran saya nih doktor.

Doktor(D) : (makaih bahasa terbaiiikkk-cakap dalam hati) Apa dia makcik.macam complicated sangat nih.saya pon takot nak dengar nih.hehe

M : macm nih.makcik tak tahu lah doc.makcik tgk kambing makcik ni dah mengjangkau umur matang dah rasanya.tapi gigi atas dia tak tumbuh2.runsing makcik tengok.tak cukup kalsium ke hape.(sambil sengih tunjuk gigi)

D : Kah33..makcik ni pandai buat lawak.kalau makcik nak tau,kambing memang tak dak gigi atas. kalau makcik tunnguu sampai musang berjanggut pon,or kucing bertanduk pon,mmg takkan tumbuh gigi atas tuh. Kalau tumbuh tuh mmg spesel kes la tuh.leh masuk TV kot.keh3.jgn marah makcik.gurau gurau.

M : oh yeke. thank u bery much doc.i learn sometin new today.very the relief la to know that.pheeeewwwwwwwwwww...heheheeeeeeee


Banyak ayat ditokok tambah.sekian semoga terhibur. oh lupa polak.typo error tak dapat di gostan sebab malas.harap maklum!

Sunday, October 16, 2011

Learn something new

sometimes i feels like making a journey to somewhere and do some notes about it. Interesting is it? Hmmm will wait for the times to come.

Btw, Assalamualaikum all~

Just wanna express some sort of feelings here..haha poyo kan. No la actually today i will teach a tamil language. Just a few words that i know, and feels like spreading it.

1- nandri : terima kasih
2- vayimuder : tutup mulut
3- yepedei : macam mana
4- vena : jangan
5- korengge : monyet
6- kutty : kecil
7- po : pergi
8- pandi : pig

I think that's all what i can recall now. Later i will update if i remember more. And sorry if it's not right.hehe.

Ok Bai. Have a good nite !

Sunday, September 25, 2011

future plan

Assalamualaikum w.b.t.

sebab bosan aku update blog. tadi aku tgk kalendar for 2012 punya.kat internet lah.looking for public holidays for next year.why? bcoz this year's annual leave of mine finish already.bcoz i'm not planned well.that's why it finish like eyes blink(sekelip mata).bwahahahaha.so now i want to plan! aku macam nak amek core leave(cuti 10 hari deret) bulan january.tapi ada rancangan baeek punyer la.but i'm worry it will not turn like what i've plan.And also it's too early to take long leave.& it also will make me suffer as i finish the annual leave early to wait another 11 month to another year & another annual leave.OOOOOOOOHHHHHHH pathetic!

However,let's forget about that as it just make me stressed out.& pls forgive my grammar disorders bcoz my mind are quite meesssssyyyyy rite now! heheehehehhe...

ok let us think back what we have done this year. I'm talking like today is new year's eve plak kan.k whatever.this coming october i'm going to malacca for the team outing.& i have to plan my financial well so that i still can survive for the whole month until the salary credited into my account.

Sorry this is random thought.Thanks for those yg drop by.

Saturday, September 10, 2011

Asyik pasal moto je kan.Biar lah..

*Perjalan sewaktu pulang ke gerik rumah maklong pada hari raya ke2*

Assalamualaikum.Selamat Hari Raya Semua Maaf Zahir & Batin!!

Hai frensss. Harini aku macam biasa lah bosan sangat. Baru bangun tido,pastu gosok gigi, berak, brekpes belum lagi tapi malas masak(boleh?) dan etc. Aku cuma nak citer ketidakpuasan hati disebalik trauma aku terhadap motor old skool aku tuh. Ceghita die macam nih. Sekarang nih aku dah fobia nak basuh motor aku. Entah wujud ke tak nama saintifik utk fobia jenis nih. Tapi itulah hakikat yang tak dapat aku sangkal.*lagu sedih keudara*

Mari kita imbas kembali nostalgia sewaktu kejadian yg membuatkan aku fobia untuk membasuh moto. *zzzzzuuuuuupppppppp*(konon flashback lah ni)

Di pagi/petang(tak sure sebab gambar flashback ni black n white keh3*sambil lagu amy search issabella kedengaran*), aku a.k.a seorang gadis ayu*lagu gadis ayu tetibe* keluar membawa baldi dan syampu yang wangi memikat hidung. Bubuh syampu dalam baldi bukak paip tunggu sambil air berbuih2 tak hingat. Park moto baekkk punya. Aku pon start memassage that particular motorcycle. pas dah habes massage tuh aku selamba badak menjirus-jirus air kat dalam baldi tuh sambil menyanyi riang.bukan sekali bukan juga 2 kali tetapi berkali-kali. Keesokan harinya nak p keje aku macam biasa lah start moto,tekan gear satu, jalan........sampai kat satu bonggol aku nampak anjing hitam yang sangat uh taktahu lah nak gambarkan perasaan time tuh sebab dekat gak ah anjing tuh kan.sampai kat bonggol tuh aku slow la n tukar gear 2, pap pap pap(bunyi motor) motor aku macam nak mati enjin. Nasib baik aku sempat press minyak before the engine stop there. Yess, motor aku semputttt dowh. Sebab, kaburetor motor masuk air dowh, Sebab aku basuh motor semalam dowh. OMG! so balik dari kerja nak pergi bengkel tuh aku tak bleh buat slow motor aku tuh sebab nanti die macam nak mampus. Jadi bonggol ke hape ke semua aku langgar pada kelajuan yang tidak dikurangkan. Stunt gak la time tuh kan. Haha. Pastu g bengkel servis la karburator sambil menukar corong kat situ. Itu pon setelah mendapat khidmat nasihat abang aku.****tiinininininnnggggg*

Gitu lah citer nyer...Sekarang nih moto aku memang berselut nak mampus. Nampak nye aku terpaksa massage je la.Moto takleh bagi mandi lah..Nasib...Nasib...Takpe asal tuan die mandi ok dah tu dah cukup wangiiiii........Hehehehhehehe


Daaaa~

Thursday, August 25, 2011

after berbuka buat ape?

Hai semua,

This is a random entry. Lepas bukak puasa korang selalu buat ape? ok tu je. Bai.

Friday, August 19, 2011

Miracle la weh!

Assalamualaikum

Okeh skang nih aku nak share cara-cara menjaga motor dengan sempurna. Sebab apa aku rasa aku layak untuk memberi tips ini adalah kerana keajaiban telah berlaku kat aku. Ini semua sebab aku tahu cara yang betul dan benar untuk menjaga moto. Tambah2 barang2 lama kan. Vintage la katakan. Meh aku bagitau cara-cara yang baru aku gembar-gemburkan tadi. Bukan gembur tanah ler. Tanah kat umah aku ni tak gembur2 kan lagi. Aku nak tanam pokok cili aku nih. Dok dalam polybag tuh kesian je aku tengok tak cukup ruang yang selesa. Hmmmmm. Sabaq sat nanti aku bagi ruang yg best sangat kat hang naaa pokok ciliku...

Ok berikut adalah tips untuk menjadi seorang tuan pemilik motor yang baik lagi tip top:

Pertama - Waktu pagi-pagi nak pergi kerja tuh, start la moto pehtu biar lama sikit bagi panassss enjin. Sambil tengah dok tunggu enjin panas tuh, korang puji lah sikit moto korang tuh. Aku selalu puji motor aku. Contoh2 ayat pujian yang terbaik adalah seperti berikut:
a) Baby(panggilan manja), harini jangan buat hal.U are the very best! I know baby is the best ever! Baby baby baby ooooo like baby baby baby ooooo(lagu justin bieber)
b) Dan sebagainya/etc..hehe..pujian bergantung pada kreativiti korang lah yer..

Kedua - Isi la minyak bagi penuh. Bagi makanan yg cukup pada moto korang. Moto aku dah dua kali habis minyak kat tgh jalan. Serik hokkay! Aku dah trauma nak tangguh2 isi minyak. Selain itu meter minyak aku rosak senantiasa tunjuk E memanjang. Tapi miracle happened today whereby my fuel metre has been showed some movement weh!!! That's all because I know how to take a really good care of my ayah's motor. That motor really help me a lot. I love that motor. Later aku mandikan kau ye motor. Berselut sangat aku tengok.

Ketiga - Basuh la motor korang kerap-kerap sikit. Bab ni aku fail sikit la sebab aku ni kan perasan bz. Later aku basuh bagi berkilau-kilau lebih dari m daud kilau kay. Bagu hensem sikit moto aku tuh. Sebab dah hemsem jadi nak bagi lebih hemsem je. Bersih dan wangi. Baru ramai nak ngorat. Eh lari tajuk plak.

Keempat - Optimis! erk well ada kaitan ok. Tak caye try la.

Kelima - ermmm dah habis kot.Tak leh recall lak apa lagi tips yg tip top abad ini.

So, amacam? Korang mesti dah ada idea camner nak menjaga moto dengan terbaik. Sama-sama la yer utk korang yg baru nak ucap mahupun yg terlintas nak ucap tima kasih kat aku tuh. Well I know. Haha. Ok lah semoga korang tak ragu2 lagi nak bergurau senda dengan motor korang!

Bye!
Salam ramadan!
Jangan lupa pergi terawih ye. 10 malam terakhir nih. Grab this chance now as we dont know we still can get ramadan in future or not.