Saturday, July 4, 2015

Resepi TRIFFLE yg MUDAH dan SEDAP

*post ni telah dicopy and paste dari blog saya yg saya tak ingat passwordnye. It was posted on 3 aug 2013! Hehe*

[QUOTE]

RESEPI TRIFFLE !! Yummeh!

Salam Ramadan semua! Tinggal beberapa hari je lagi nak raya kan?
Di pagi hari yang penuh barakah ini, saya dengan berbesar hati ingin berkongsi resepi Triffle kegemaran ramai tu! He He He. Triffle tu sejenis desert atau pencuci mulut yg mengandungi 3 layers dan triffle ni juga mengeyangkan tau.

*Ermmm yummyyyyyyyy*

Ok bahan-bahan yang diperlukan adalah:
-Kek gulung swiss roll (perisa terpulang pada hak individu masing-masing)
-Tepung kastard
-Serbuk jeli agar-agar
-Susu cair
-Buah-buahan (koktel, peach, etc)
-Perasa minuman (yg ni optional)
*Gambarajah menunjukkan bahan-bahan yg saya guna*

Langkah 1:
Ambil kek swiss roll anda dan potong nipis-nipis. Saiz ikut suka hati hang. Saya guna kek swiss roll perisa coklat. Boleh je nak guna perisa pandan, stoberry, perisa selipar erk, senang cakap ikut suka korang lah! Ehehehee. Potong macam gambar kat bawah ni.

*pisau tu tajam. Be careful ya!*

Langkah 2:
Susun kek-kek yang telah dipotong ke dalam bekas. Saya guna bekas kecik jadi kena pakai dua bekas. Bab saiz bekas ni pun terpulang. Kalau ada loyang tu lagi bagus. Sekali harung je.
*susun susun susun sampai penuh bekas*

Langkah 3:
Kek yang telah disusun sila mampat-mampatkan pulak. Jangan bagi ada ruang langsung. BWAHAHAHAHA (eh apasal gelak jahat nih?)

*Ha mampat macam ni*

Langkah 4:
Bekas tadi letak tepi dulu. Sekarang kita nak buat 2nd layers i.e puding. Ambil tepung kastard bubuh 3 sudu besar penuh ke dalam periuk.

*Nampak 3 sudu penuh macam ni*

Langkah 5:
Now tuang satu tin susu cair ke dalam tepung kastard tadi.

*tuang je satu tin nih*

Langkah 6: 
Lepas tuh guna tin susu tadi isi dengan air pulak. Tuang satu tin air pula ke dalam kastard kita td.

 *yes macam ni. isi air pulak penuh satu tin. ratio susu : air = 1 : 1*

Langkah 7:
Kastard tadi korang masak lah atas api. Then jangan lupa letak gula. Letak dalam satu senduk. Gula letak nipis je macam i letak ni. Sebab kita tak nak puding ni manis sangat. Sebab kek and jeli dah manis :)

*gula ambik satu senduk light2 je. jgn menggunung ok. nanti tahap gula dlm darah yg menggunung*

Langkah 8:
Sambil masak tuh kacau-kacau lah puding tu sampai terasa pekat. Nak tau dah masak ke belum, korang tgu dan kacau sampai puding kastard tu membuak-buak macam lava kat gunung berapi tuh. Geddit? Bluppp Bluppp Bluppp...Lepas dah mendidih membuak-buak tuh, tutup api then terus angkat and tuang ke dalam bekas tadi yg telah dimampatkan dengan kek tuh. Puding ni cepat keras so, kalau boleh time proses menuang dan memenuhkan bekas dengan puding ni, tutup kipas please, Dah siap baru boleh bukak kipas balik. Hehe.

*Cepat je keras nih*

Langkah 9:
Lepas tuh susun buah. Saya guna buah peach dalam tin tu. Buah die besar-besar jadi saya potong la sikit and susun kasi penuh atas puding tuh. Kalau nak guna koktel pun boleh. Tapi kalau guna buah fresh lagi bagus! Terpulang pada kreativiti anda!

*susun penuh-penuh buah baru sedappppp*

Langkah 10:
Now sampai ke layer paling atas iaitu jeli agar-agar. Saya guna jeli perisa asli sebab saya nak tambah perisa kegemaran saya sendiri i.e blackcurrent. Boleh je beli jeli yg siap ada perasa tu tapi saya tak suka bau ia je. Ada sikit macam bau ubat. Jadi saya sarankan you all beli yg asli, then tambah perisa sendiri ok. Selalu kalau jeli warna merah memang nampak menarik triffle tuh. Trylah guna perisa strawberry ke, raspberry ke and etc. Jeli senang je buat. Tuang je serbuk jeli tuh, then tambah air 400ml. Nak sukat 400ml tuh boleh guna botol air mineral 500ml/600ml. Korang agak-agak la 400ml banyak mana dari botol tu. And jgn lupa tambah perasa kegemaran anda! 

*perasa original-asli*

*perasa blackcurrent and warna purple*

*masak jeli*

Langkah 11:
Tuang je agar-agar ke dalam bekas tadi. Tunggu sampai sejuk & sampai agar-agar keras. Lepas tu baru kasi letak dalam peti sejuk. Tadaaaaaa! Dah siap!

*Then tuang dalam bekas tadi.Make sure puding dah betul2 keras*

Langkah 12:
Potong kasi cantik-cantik and ready to EAT! Aipppp tunggu bukak pose karang ye. Selamat mencuba!!

*Yummy*

Sekian terima kasih.

[UNQUOTE]

No comments: