Saturday, July 4, 2015

Pangkor Trip - Budget punyer~

Assalamualaikum..

Antara ubat ketenangan hati adalah dengan melihat keindahan alam. Antara keindahan alam yg memang tidak dapat disangkal lagi adalah laut yg terbentang luas. Aku memang suka bebenor dengan laut. Sanggup pakai sunblock bagai, padahal hari-hari biasa nak pakai bedak pun malas apatah lagi nak pakai mekap. Jadi, setiap kali ada kesempatan aku akan plan pergi laut. Aritu cuti aku pergi pangkor and penang. Kat pangkor tuh adalah buat aktiviti snorkeling and island hoping. Tapi kat penang aku p mandi-mandi jer. Jadi sementelah aku telah kesana, hatta kiranya mahulah saya berkongsi satu dua rasa dan pengalaman yg amat bermakna ni. Boleh juga dijadikan sebagai panduan jika mahu kesana lagi.

So, bertolak kami 4 orang ke pangkor dari taiping. Bapak aku and adik aku 2 org. Kitorang ikut jalan lama tak masuk highway sbb lebih dekat dan mudah bak kata bapak aku lah. Perjalanan dari taping ke jeti lumut mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam jugak lah. Sampai je kat jeti lumut aku park lah kereta aku kat dalam tempat parking bawah bumbung punya. Tak silap aku rate parking dalam 60 sen sejam.

So, on the way kitorang jalan ke jeti, tetiba ada plak pakcik ni tanya, nak p jeti ke? Jeti arah sini, tunjuk pakcik tu ke suatu arah menghadap kehadapan kitorang. Eh tetiba pakcik ni ramah pulak nak sembang bagai, rupanya pakcik ni agen penginapan and ada business sewa kereta jugak kat pangkor tuh. Tapi bagus jugak strategi pakcik ni, tunggu kat jeti lumut. Kalau nak tahu, kat pulau lepas turun boat kt jeti belah sana tu memang lagi ramai agen-agen yg tunggu. Nampak tak permainan dia? Haha. Sebenarnya kitorang memang tgh gugel penginapan pun waktu pakcik tu tanya. So, macam pucuk dicita ulam mendatang. Aku pun book je lah kat pakcik tuh. Kitorang stay kat Chalet Purnama sebab dalam chalet tuh ada kolam renang. Tu je sebabnyer. Haha. Bilik yg aku stay nih, ada 3 katil bujang. Tak ingat namanya apa, standard room ke apa tah. Tapi ada 3 single bed. Rate satu malam lebih kurang RM170++ plus GST. Kitorang stay 1 malam je sbb ni percutian 2 hari 1 malam.

Lepas dah book bilik ngan pakcik tuh, aku and the geng pun berjalan dengan riang ria menuju ke jeti. Sampai kat jeti pulak, kena beli tiket boat Rm 10 pergi balik. Tiket tu kena simpan sebab waktu balik kena tunjuk tiket yg sama. Maka, naiklah kami berempat ke atas bot menuju ke pulau pangkor. Waktu naik bot tuh memang aku teringat kenangan p camping waktu kat matrix dulu. Terbaik dowh. Selalu ramai jugak yg cakap pangkor boring lah, tak dak pe sangat lah blab la bla… But for me Pangkor is the best place to visit and to enjoy if you know how to. Pergi mana-mana pun akan jadi best kalau u tau nak enjooyyy. Tapi for me, still kesederhanaan is the best. Ok, berbalik kepada perjalanan boat tadi. Bila boat berhenti di perhentian pertama jangan turun lagi. Turun waktu di perhentian kedua.

Bila dah sampai pulau pangkor tuh, dapat kereta sewa, apa lagi cari tempat nak tido lah. Pangkor ni kecik je. Pakcik tu kata kita takkan sesat dalam pangkor nih. Kalau korang sesat, korang orang pertama yg mencatat sejarah sesat di pulau pangkor. Pakcik tu lah kata. Ha, yo lah tu pakcik. Bapak aku lah drivernya. Mencari-cari Purnama yg akan menjadi tempat kami merehatkan diri dan merecharge tenaga untuk aktiviti laut keesokannya.

So, esoknya kitorang pergi brekpes dulu sbb dapat voucher brekpes kat chalet tuh. Lepas makan sarapan, kitorang terus pergi snorkeling. Sebenarnya pagi-pagi before brekpes tuh kitorang dah survey-survey harga snorkeling & island hoping kt sepangjang jalan tepi laut. Dekat jer dengan tempat penginapan kami. Like 2 minutes walking distance. Kira jalan terus pastu lintas jalan terus nampak tempat yg diorang buat pakej aktiviti laut nih. Banyak je sebenarnya, so do not to worry. Just choose wisely jer. Aktiviti yg kami ambik is snorkeling+island hoping. Harga lebih kurang RM 15 satu kepala (kalau tak silap sebab dah lama tak hingat..heheh). First die hantar naik boat kat satu pulau nih. Kat situ boleh snorkeling sepuas-puasnyer.. Dah puas snorkeling boleh kol je org yg bawak boat tuh suruh datang ambik. Lepas tu orang bawak boat tuh akan bawak kite p melawat pulau-pulau kat situ. Ok lah, dengan rate harga yg murah tuh don’t expect much la ok. Haha.. But still Ok for me. Then, dah abeh main air, kitorang pun balik chalet & terus terjun kolam renang pulak. Berenang-renang like a boss. Lepas dah penat, dah sunburn, dah perang kulit, kitorang pun balik bilik bersiap utk check out. Lepas dah check out tuh, kitorang jalan-jalan pusing pangkor, pergi kota belanda. Tempat bersejarah waktu perjanjian pangkor dulu (if im not mistaken). Fuh, kalau nak tahu jalan kat pangkor nih dah la kecik, berbukit-bukau, bersimpang siur, memang giler ah naik kete manual pulak. Adusss. Next time kalau nak datang pangkor lagi, rasanya better sewa motor je. Senang, mudah, dan tangkas. Tapi kalau sewa motor, barang jangan banyak lah eh. Haha.

Ok, dah habis round-round pangkor, sampai berapa kali round pun tatau lah kan, tiba masanya nak pulangkan kereta dekat jeti. Dekat situ jugak kitorang membeli belah sotong kering, ikan bilis, souveniers dan sebagainya. Kat area situ kira area pekanlah. And finally, kitorang naik boat balik ke jeti lumut, and naik kereta balik ke tepeng. Selesai sudah pengembaraan kami ke pangkor. Pulau yg kecil tapi kaya dengan hasil laut. For me, pangkor best tapi please jangan compare kan dengan pulau perhentian or other island because it such a huge difference. Haha.

Semoga bermanfaat! Akhir kata, jangan jadi pelancong, tapi jadilah pengembara!


Till then!

Thursday, June 4, 2015

Setelah 4 Tahun...Rindu...!

Assalamualaikum wbt..

Ok aku tau memang lama giler tak update blog suka hati aku nih. Bukan sebab aku malas ke, bukan juga sebab aku bizi, malah bukan juga sbb aku tak dak idea….Tapi semua yg berlaku itu ada hikmahnya..Eh! Maksud aku, aku dah lama tak update ni sebab aku tak hingat password blog nih.. Heheh! Last aku update, aku tukar nama kat link blogspot tuh. Sebelum nih aku pakai punyapasal.blogspot.com. pastuh aku tukar jadi senyumjerlah.blogspot.com. Yerlah, punyapasal tuh cam ganas sangat pulak. Aku kan lemah lembut dan sopan santun, mana sesuai pakai nama camtuh. Ngahahhaa... Kalau korang nak tau, aku siap buat beberapa blog lain lagi. Tapi masalah lupa password aku nih menjadi-jadi pulak. Bila lupa password je, buat blog baru. Bila buat blog baru je, mesti lupa password. Adoi. Last-last aku try login blog sukati semalam, PAP! Eh betul pulak passwordnyer. So, aku terus ada semangat nak tulis blog. Sebab memang banyak betul benda aku nak luahkan kat sini. Eceh.

Bila tengok last entry aku tahun 2011. Fuh! Lebih kurang 4 tahun aku bagi blog nih berhabuk. Dah bersawang spiderman lagi. Bila baca semua entry aku balik, since zaman belajar lagi…Adoiii rindunyerrrr…Tak tau rindu apa. Tapi rindu lah, mebi rindu zaman dulu-dulu. Rindu kenangan indah suka dan duka. Kenangan berblogging bersama kawan-kawan.  Sekarang nih dah lain…sangat..

Bila piker balik, sekejap nau masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, aik dah 5 tahun aku keje. Maknanya dah 5 tahun aku tinggalkan zaman belajar aku.  Sekarang rasa nak tinggalkan zaman pekerjaan pulak nih. Tengah planning nak melebarkan sayap dalam bidang perniagaan atau pelaburan. Sebabnya, ntah. Rasa macam nak move on, tu je kot.

Dah lah. Cukup buat masa ini. Sampai ketemu lagi di lain warkah. Aku ada banyak khazanah cerika dan hikayat untuk dikongsi sebenarnya. Stay tuned!!

P/S: Kalau sedih, cuba selongkar blog aku. Memang merapu boleh buat korang gelak sorang-sorang.  Dah jadi kat aku, sebab tu berani rekemen kat korang. HEheHE!

Love,

Cik Sukahati.

Friday, November 18, 2011

cerpen #3

Assalamualaikum.

Berkaitan tajuk di atas (pls refer to the title of this post), sebenarnya aku tak tahu la dah bape byk cerpen yang aku tulih dalam blog suka hati nih. Tapi itu apa yang aku rasa lah. But well, it does not a matter. Let's just start it with number three & just assume that i have already post 2 cerpen in this blog though it is more than that. I din say it may be less than that because I know it is not less than that. As usual whenever the writing feelings come is because i cannot sleep though its damn sleepy. Kinda paradox is it? Ya. Ok whatever. Harini aku nak menulis cerpen yang bertajuk 'Hijab itu Indah'. Actually i try to masukkan elemen-elemen keagamaan dalam cerpen nih supaya kita dapat menghayati dan sama-sama dapat memperbaiki diri kita la .Juga peringatan untuk diri aku sendiri jugak.

HIJAB ITU INDAH

Pagi yang tenang terasa dingin. Telinga rasa kebas.Rambut terasa menggigil(erk). Mulut berasap-asap macam kt jepun pada musim sejuk. Ok cukuplah hiperbola yang cuba ditonjolkan. Sebab apa? Sebab tak pakai tudung. Tu pasal telinga pon macam berdesing je sejuknya. Kiki cuba mengambil kain yang terletak di atas bakul pakaian dan cuba memakainya di kepala. Walaupun selekeh yang sangat namun kain yang membaluti terasa hangat dan itu telah membuka lembaran sejarah baru bagi Kiki. Sejak hari itu beliau selalu mengenakan hijab di kepala walaupun badannya tiada seurat benang pon menutupi. Oooopss jangan lah pikir terlalu jauh ye. Kiki cuma lah seekor kucing jantan yang comel dan berwawasan dalam setiap bidang yang diceburi. Secara tak langsung sebenarnya Kiki telah memberi moral kepada Lala iaitu tuan kepada Kiki ni lah. Walaupun Lala memang bertudung baik punya, apa yang dimaksudkan pada awal perbincangan tadi adalah bila sahaja Lala melihat Kiki suka benar memakai kain di kepala cuma dua perkara terlintas di fikiran Lala. First sekali Lala fikir,Kucing pon pakai tudung. Malulah kat kucing to whom it concern la. Second was kucing aku ni rasanya jantan. oh itu mungkin fesyen terbaru bg kucing jantan dalam organisasi kucing sedunia. Sekian terima kasih.

Ok lah.sorilah if any one get hurt or etc. But to tell the truth memang bukan tgh mental disorder tapi sebab tak leh tido time mengantuk giler ah . HAHA!!

K bai. naktido!

Monday, October 24, 2011

hehehhehe

why is everybody so obsessed?
money can't buy us happiness.-price tag by jessie j.

korang just nak bgtau aku baru update section about me.check it out lar.ehehhehehhehehhehehehhehehhehehehhe...sengih kerang wangiiiiiii~~~

tak tau nak tulis ape lagi.ah sambung nyanyi balik.

it's not about the money money money,
we dont need ur money money money.....~~~

Saturday, October 22, 2011

nak jadi cikgu lah

aku rasa nak jadi cikgu skg nih.nak mendidik anak2 bangsa supaya menjadi lebih bijak dalam mengahrungi arus modenisasi yg pesat ini.

aku dah bosan keje yg pressure tak tentu masa nih.kerja yg environment nye terlalu sosial.kerja yg sesetengah orang tak paham sensitiviti agama nih.pathetic to them.

dunia nih cuma tempat persinggahan yg sementara.macam R&R.selalu kalau jalan jauh kita singgah r&r utk makan dan bersolat. macam tu la analogi nye.

Cikgu kerja yg mulia kan. I really hope to be one.

Tuesday, October 18, 2011

Am i a silent monster?

Assalamualaikum semua!

haritu ada game kat opis aku. Ada sehelai kertas tampal kat belakang kita alah yg stick note ke hape ke namanya. So sesape pon boleh tulis kat belakang kita tu pendapat diorang mengenai kita. Macam bila kita tengok orang tuh,kita rasa dia orang yg macam mana. So, apa yang orang tengok aku adalah seorang yang:

-gila
-mengarut
-silent monster
-quiet?
-best!
-muka tak bersalah(pastuh ada lukih muka smiley)
-pose weirdly in the picture
-pretty
-robot
-hensem!!hahahaha
-alim(actually tulih halim pastu nampak lah padam huruf 'h' tuh)
-Abang Macho

Ni lah pandangan orang dekat aku. Memang aku tak tokok tambah hokkay. Tapi macam best je bila tau pandangan orang terhadap kita. Bcoz it doesnt a matter for me. Its not too wrong anyways and its not too right anyhow..ehehehhehehe..poyo lak.

walaupon aku tahu bukan ada orang nak baca pon blog aku yg olskool nih,but who la care kan bout that. selain mereka yg suka mengomen disini lah.hehe

diatas permintaan cik jari(sori lah poyo sikit) aku nak bagitau korang yg kambing tak de gigi atas weh.korang tau tak? mesti ramai yg taktau kan? kan?

ada satu cerita yg berbunyi :-

Pada suatu hari,seorang doktor haiwan atau lebih glenmer dipanggil veterinar pergilah melawat satu kampung yg nama nya dirahsiakan, Kampung yg rahsia plak namanya tuh,ramailah penduduk disitu membela haiwan2 dari pelbagai rupa dan bentuk. Jadi, adalah seorang makcik nih dia memang pengembala kambing yg termahsyur kat kampung tersebut. Jadi,tujuan veterinar tuh datang melawat kampung adalah untuk meninjau haiwan2 disitu jika manalah tahu ada masalah yang tak dapat penduduk kampung selesaikan yg dimana dokyor haiwan diperlukan. jadi(ntah bpe banyak jadi tah), makcik tadi tuh tetiba panggil doktor haiwan nih. Dalam keadaan yg tergesa2 dan keadaan yg bapak menggelabah.Mari kita ikuti perbualan mereka.

Makcik(M) : Doktor!Doktor!Doktor!Doktor!..saya ada masalah yang besar doktor.siang malam saya tak dapat tidor memikirkan masalah yg membelengu benak pikiran saya nih doktor.

Doktor(D) : (makaih bahasa terbaiiikkk-cakap dalam hati) Apa dia makcik.macam complicated sangat nih.saya pon takot nak dengar nih.hehe

M : macm nih.makcik tak tahu lah doc.makcik tgk kambing makcik ni dah mengjangkau umur matang dah rasanya.tapi gigi atas dia tak tumbuh2.runsing makcik tengok.tak cukup kalsium ke hape.(sambil sengih tunjuk gigi)

D : Kah33..makcik ni pandai buat lawak.kalau makcik nak tau,kambing memang tak dak gigi atas. kalau makcik tunnguu sampai musang berjanggut pon,or kucing bertanduk pon,mmg takkan tumbuh gigi atas tuh. Kalau tumbuh tuh mmg spesel kes la tuh.leh masuk TV kot.keh3.jgn marah makcik.gurau gurau.

M : oh yeke. thank u bery much doc.i learn sometin new today.very the relief la to know that.pheeeewwwwwwwwwww...heheheeeeeeee


Banyak ayat ditokok tambah.sekian semoga terhibur. oh lupa polak.typo error tak dapat di gostan sebab malas.harap maklum!

Sunday, October 16, 2011

Learn something new

sometimes i feels like making a journey to somewhere and do some notes about it. Interesting is it? Hmmm will wait for the times to come.

Btw, Assalamualaikum all~

Just wanna express some sort of feelings here..haha poyo kan. No la actually today i will teach a tamil language. Just a few words that i know, and feels like spreading it.

1- nandri : terima kasih
2- vayimuder : tutup mulut
3- yepedei : macam mana
4- vena : jangan
5- korengge : monyet
6- kutty : kecil
7- po : pergi
8- pandi : pig

I think that's all what i can recall now. Later i will update if i remember more. And sorry if it's not right.hehe.

Ok Bai. Have a good nite !