Fiuuuuuuhhhhh~~angin malam menghembus dingin..(padahal angin kipas)
Selamat Pagi saya ucapkan kepada rakan-rakan dan taulan *sambil kedengaran lagu pukul tiga pagi* .Bagaimana jika saya bercerpen malam ini (pagi le)? *kedengaran semua bersorak 'NAK!!!'* (berangan macam tengah buat tour konsert).. said AAAAAAAAAAA...tatkala itu peminat-peminat saya dengan semangat bersorak AAAAAAAAA..(tak habes berangan lagi)..PUKK! ok skang cakap sape baling batu sembunyi tangan nih?
Sempena menghargai keinsomniaan saya pada malam ini mari sama-sama kita menghayati cerpen yg dituju khas buat para-para sakura...err I mean para-para insomnian sekalian. Tajuknya adalah Bunga tanjung~~cantik berseri~~sori sori tetiba ternyanyi plak..Tajuk nya akan saya beritahu sejurus cerpen ini menemukan penamatnya.Atau mungkinkah cerpen ini akan mempunyai siri?? Sama-sama kita tunggu dan lihat sajalah kemana imaginasi ini akan membawa kita.Ke hulu kah, ke Hilir kah Ke lautan dalam kah, Ke Laut china selatan kah, Ke lautan merah kah, Ke lautan yg bergelora kah Atau ke mana-mana sajalah. Sudahlah sila bercerita sajalah. !
Maka bermulalah satu hikayat yg tak luput dek zaman dinosaur sebab sempat lari time dinosaur kejar.
Tersebutlah kisah, di sebuah negeri yang terkenal dengan nama jolokan negeri Matematik. Al kisah negeri ini mempunyai penduduk yang berbilang-bilang dari zero ke hero. Jadi nak dijadikan cerita adalah seorang pemuda yang gantang tetapi tak lah gagah apatah lagi perkasa. Pemuda tersebut telah diberi nama Abu Tujuh di mana Tujuh itu adalah sempena menghargai negeri Matematik yg berbilang-bilang di samping juga si Tujuh ni lahir pada tujuh haribulan tujuh tahun tujuh puluh tujuh sebelum tahun rex dinosaur. Si Tujuh ni, erm saya rasa sebutan nama Abu itu lebih lah kesedapan dan kelemakannya di mana jika masuk pertandingan memang boleh memang dengan kecukupan rasanya. Maka Si abu ni sejenis manusia yang tidak pernah mengenal erti hidup dengan mendalam lagi kerana dia cuma berada di rumah mengambil upah memotong kayu sahaja. Orang yang ingin memotong kayu akan datang ke rumah Abu dan Abu akan melakukan apa yang patut. Setelah beberapa minit (menipu gile) Abu melakukan kerja itu beliau mula rasa bosan dan rasa sangat down (tiba-tiba lagu down berkumandang *baby are u down down down down down down~~down~) kerana Milah (bukan nama sebenar) selalu mengejek si Abu ni katak di bawah tempurung. Abu bengang sebab Milah tidak tahu apa itu katak tapi pandai saja sebut katak. Jadi Si Abu nih pergi lah mengembara ke seluruh dunia. Selama Abu mengembara, barulah die dapat belajar erti hidup dan menginsafi serta muhasabah diri apabila melihat begitu banyak jenih manusia kat atas muka bumi. Abu belajar banyak benda dengan pengalamannya mengelilingi dunia dengan menggunakan duit peninggalan tok nenek moyang die yg terdiri dari golongan bangsawan pada zaman dahulukala.Jadi sepulangan abu ke kampungnya beliau terserempak dengan milah yang semakin melawa entah dari mana pengaruhnya.Abu pon menegur si Milah mungkin kerana terpegun ataupun terpempan atau mungkin juga berlakon terkejut melihat perubahan milah yg sgt tak berapa nak ketara(sebenarnya milah dari dulu macam tuh cuma abu je yg tak endah). Jadi Abu cuma berbasa basi saja sebab milah tengah bagi ayam makan dengan fokus.Jadi dengan tidak mahu menjatuhkan air muka dek tidak dilayan oleh milah cukuplah sekadar tanya 'Buat pe tuh Milah?' walaupun dah terang-terang die nampak si milah nih bagi makan ayam dengan fokusnya. Setelah berbasi-basi abu pun balik ke rumahnya, mandi, solat, tidur sebentar dan bangun pergi ke padang. Beliau menikmati keindahan alam sebelum pulang ke rumah dengan cuma berjalan kaki.(10,000 langkah sehari). Dipendekkan cerita, Abu tau beliau tidak boleh memandang rendah(bila masa die pandang rendah kat orang?) dengan manusia kat atas muka bumi ini. Hidup di dunia jangan sombong dan bongkak. Abu pon pergi meminang milah.Mereka berkahwin dan hidup bahagia buat selamanya...~~TAMAT
Jadi tajuk bagi serpen ini adalah Abu Dan Pengembaraanya..Sesuai kan?
Terima kasih kerana membuang sedikit masa anda di sini.Tolong vote cerpen ini supaya dapat menjadi cerpen paling popular dalam anugerah bintang popular yang akan berlaku tak lama lagi.Satu undian akan disalurkan kepada negeri matematik supaya bertambah lagi nombor yg akan menyumbang kepada kadar populasi penduduk badan-badan bersekutu dan bersepadu.
Statistik negara boleh berubah-ubah,
tak kisahlah dalam kategori mana pon,
Nak vote ke tak ni hah?
Mungkin cukuplah sekadar di pinggiran?(ini pantun baeeek punya.sape berani jawab lahhh haha)
Sekian,Terima Kasih.
2 comments:
aku nak bagi tajuk 'Milah dan ayam-ayamnya'. sesuai tak?
sesuai ko kata? cap ayam btol suggestion ko..haha
Post a Comment