Thursday, July 9, 2015

Magic Number 1089

Salam.Hi readers!


Ok back in my Uni life, I have this bunch of friend that love to blogs. So, my friend has created this one blog called nomborbulat. Basically the blog is all about mathematics. Yup, because we love mathematics that much & Just because we are math students. Heee. I just stumbled upon the blog just now & realized that the contents are good & hillarious! Ok let me just take one entry which was written by me. This awesome. No kidding.

Today, I want to do some magic by only using a basic algebra. This magic I name it as SUKA 1089. Why SUKA 1089? Jawapannya sebab aku suka-suka hati je letak nama magic tuh macam nih.. Ada orang tak pueh hati ke?? (hehe)

Orraiitt..Before anything happen,please prepare a pen/pencil & a piece of paper & calculator for a quick calculation.If u have a very strong memory, you can just use your brain to implement this magic.(walaweiiii)..

Sila ikut arahan dengan teliti.*U only can choose #1 until #9 only. #0 cannot ok.

1. Tuliskan 3 digit number dalam susunan menurun.For example 987.
2. Reverse kan number yang telah dipilih tadi.Nak gostan pon boleh.No hal punya.For example 789.3. Ok aku rewind balik...987 ---> 789 . Ada paham?
4. And then tolakkan kedua-dua number tersebut : 987 - 789 = 198
5. After that jawapan kepada solution sebentar tadi yakni yg telah dihighlight kan dgn kaler merah tuh i.e 198 , direverse kan pulak..sekali lagi nak gostan pon bolehhhh..198---->891
6. Final touch. Kedua-dua number yg baru generate tadi silalah tambah : 198 + 891 = 1089 !!!!!

Haaaa! camna? MAGIC kan? Well it's mathematics..Try if you don't believe me.You can use any numbers but please follow the instructions correctly. If you have any doubt, don't hesitate to ask me.(wahhh macam cikgu plak rasa...huehuehue).

Selamat mencuba!

**Mathematics is fun if u know how to enjoy it!!

Sunday, July 5, 2015

Erk....Tips Waktu Blackout?

Assalamualaikum wbt.

Tengah sedap-sedap tengok tv sambil tunggu azan mghrib nak berbuka puasa, tengok jam nak dekat berbuka dah nih. Lagi beberapa saat je nih. PAP! Blackout! Oooo mannnn! Mak aku aka cik lily pun p cari lilin pasang and berbuka lah kami didalam kegelapan. Bukan setakat gelap, panas, serabut, gatai nyamuk gigit, ketiak lenjun, peluh-peluh dan sebagainya lah.. Dugaan betol. Tips aku boleh bagi is Bersabar je lah. Sesungguhnya sabar itu kan separuh daripada iman.

Lepas dah berbuka tuh, lek lek jap, mak aku ajak p sembahyang terawih. Dok tertanya-tanya gaklah kitorang ada letrik ke masjid tuh? Aku pun kelam kabut cari telekung nak ikut lah, mak aku dah tunggu kat luaq dah. Pastu dengar bebudak kat depan tuh dok cakap kat mak aku, orang yg p terawih sume patah balik. Pandai-pandai je diorang nih. Aku yg mudah terpengaruh nih, tak jadi p lah, suh mak aku p dulu tengok-tengok keadaan. Mak aku pun p la masjid and dalam masa setengah jam lebih kurang dah balik. Aik cepat nau terawihnya! Memang taklah cepat sebegitu kan. Sembahyang Isyak jer. Mak aku cakap gulap gelita masjid. Cuma dok harap lampu dari henpong je. Even lilin pun takdak. Ajk masjid kena take note nih.

Nak menambahkan kusut keadaan lagi, henpon betri abeh pulak. Yelah tengah dok cas kot waktu tetibe blackout tuh! Adoi. Tapi sempatlah pos satu gambar lilin kat instagram @leinapana aku tuh. LOL. End up aku amik laptop, taip story nak post kat blog. Ha, story ni lah yg aku tengah citer nih, yg korang tengah baca nih.

Yang paling lejen bukak puasa makan sushi buat sendiri punya, makan makanan jepun atas meja jepun perasan muka cam jepung. Puih. Hahahahhahaha.

Tips untuk menghadapi situasi blackout:

>>      Pasang Lilin di seluruh sudut rumah supaya takdak lah terlanggar dinding-dinding disekelilingmu ituh pun adoi!

>>     Think Postive. Don’t  ever say perkataan ‘PANAS’ sebab, kata-kata kite tu kan satu DOA. Kalau kite dok asyik cakap panas, panas lah jadinyer.

>>      Duduk diam-diam and minum air sejuk. Sebab bila minum air sejuk, badan pun rasa sejuk.

>>   Ambil kertas atau apa-apa lah yg boleh dijadikan kipas. Kipas lah guna tangan korang yg sado tuh. Heheh

>>    Bersabar je lah and redha je lah.

>>     Kalau rasa tak sabar cer kol tnb tanya apa cer bro?

>>     Sentiasa look things at the bright side. Benda kecik takda hal la bro. Hope for tonight only. Later it will be ok. I wish lar. See how positive I am!

>>     Kalau rasa tak tahan sangat, korang start motor p la round satu dua round kat roundabout sana. Eh!

>>     Pestuh boleh jugak nak start kete bukak aircond kuat-kuat tala kat muka. Amacam?

>>    Hurm, tu je kot. Nanti kalau ada lagi I’ll update okay? Peace yaw!

Ok , rasanya peluh aku pun kalau tadah dah boleh buat mandi balik. Aku nak p perderas naik moto jap. 


P/S: kalau dipikirkan, peluh ni kan bagus. Buang toksin kot. Toksin kan penyebab jerawat. So dah buang toksin, maksudnye buang jerawatlah. Ditto! Sesiapa pernah belajar critical thinking, Ya knaw what I mean! Right?

Ok bye! Till then!

From Taiping With Laf.




Saturday, July 4, 2015

Resepi TRIFFLE yg MUDAH dan SEDAP

*post ni telah dicopy and paste dari blog saya yg saya tak ingat passwordnye. It was posted on 3 aug 2013! Hehe*

[QUOTE]

RESEPI TRIFFLE !! Yummeh!

Salam Ramadan semua! Tinggal beberapa hari je lagi nak raya kan?
Di pagi hari yang penuh barakah ini, saya dengan berbesar hati ingin berkongsi resepi Triffle kegemaran ramai tu! He He He. Triffle tu sejenis desert atau pencuci mulut yg mengandungi 3 layers dan triffle ni juga mengeyangkan tau.

*Ermmm yummyyyyyyyy*

Ok bahan-bahan yang diperlukan adalah:
-Kek gulung swiss roll (perisa terpulang pada hak individu masing-masing)
-Tepung kastard
-Serbuk jeli agar-agar
-Susu cair
-Buah-buahan (koktel, peach, etc)
-Perasa minuman (yg ni optional)
*Gambarajah menunjukkan bahan-bahan yg saya guna*

Langkah 1:
Ambil kek swiss roll anda dan potong nipis-nipis. Saiz ikut suka hati hang. Saya guna kek swiss roll perisa coklat. Boleh je nak guna perisa pandan, stoberry, perisa selipar erk, senang cakap ikut suka korang lah! Ehehehee. Potong macam gambar kat bawah ni.

*pisau tu tajam. Be careful ya!*

Langkah 2:
Susun kek-kek yang telah dipotong ke dalam bekas. Saya guna bekas kecik jadi kena pakai dua bekas. Bab saiz bekas ni pun terpulang. Kalau ada loyang tu lagi bagus. Sekali harung je.
*susun susun susun sampai penuh bekas*

Langkah 3:
Kek yang telah disusun sila mampat-mampatkan pulak. Jangan bagi ada ruang langsung. BWAHAHAHAHA (eh apasal gelak jahat nih?)

*Ha mampat macam ni*

Langkah 4:
Bekas tadi letak tepi dulu. Sekarang kita nak buat 2nd layers i.e puding. Ambil tepung kastard bubuh 3 sudu besar penuh ke dalam periuk.

*Nampak 3 sudu penuh macam ni*

Langkah 5:
Now tuang satu tin susu cair ke dalam tepung kastard tadi.

*tuang je satu tin nih*

Langkah 6: 
Lepas tuh guna tin susu tadi isi dengan air pulak. Tuang satu tin air pula ke dalam kastard kita td.

 *yes macam ni. isi air pulak penuh satu tin. ratio susu : air = 1 : 1*

Langkah 7:
Kastard tadi korang masak lah atas api. Then jangan lupa letak gula. Letak dalam satu senduk. Gula letak nipis je macam i letak ni. Sebab kita tak nak puding ni manis sangat. Sebab kek and jeli dah manis :)

*gula ambik satu senduk light2 je. jgn menggunung ok. nanti tahap gula dlm darah yg menggunung*

Langkah 8:
Sambil masak tuh kacau-kacau lah puding tu sampai terasa pekat. Nak tau dah masak ke belum, korang tgu dan kacau sampai puding kastard tu membuak-buak macam lava kat gunung berapi tuh. Geddit? Bluppp Bluppp Bluppp...Lepas dah mendidih membuak-buak tuh, tutup api then terus angkat and tuang ke dalam bekas tadi yg telah dimampatkan dengan kek tuh. Puding ni cepat keras so, kalau boleh time proses menuang dan memenuhkan bekas dengan puding ni, tutup kipas please, Dah siap baru boleh bukak kipas balik. Hehe.

*Cepat je keras nih*

Langkah 9:
Lepas tuh susun buah. Saya guna buah peach dalam tin tu. Buah die besar-besar jadi saya potong la sikit and susun kasi penuh atas puding tuh. Kalau nak guna koktel pun boleh. Tapi kalau guna buah fresh lagi bagus! Terpulang pada kreativiti anda!

*susun penuh-penuh buah baru sedappppp*

Langkah 10:
Now sampai ke layer paling atas iaitu jeli agar-agar. Saya guna jeli perisa asli sebab saya nak tambah perisa kegemaran saya sendiri i.e blackcurrent. Boleh je beli jeli yg siap ada perasa tu tapi saya tak suka bau ia je. Ada sikit macam bau ubat. Jadi saya sarankan you all beli yg asli, then tambah perisa sendiri ok. Selalu kalau jeli warna merah memang nampak menarik triffle tuh. Trylah guna perisa strawberry ke, raspberry ke and etc. Jeli senang je buat. Tuang je serbuk jeli tuh, then tambah air 400ml. Nak sukat 400ml tuh boleh guna botol air mineral 500ml/600ml. Korang agak-agak la 400ml banyak mana dari botol tu. And jgn lupa tambah perasa kegemaran anda! 

*perasa original-asli*

*perasa blackcurrent and warna purple*

*masak jeli*

Langkah 11:
Tuang je agar-agar ke dalam bekas tadi. Tunggu sampai sejuk & sampai agar-agar keras. Lepas tu baru kasi letak dalam peti sejuk. Tadaaaaaa! Dah siap!

*Then tuang dalam bekas tadi.Make sure puding dah betul2 keras*

Langkah 12:
Potong kasi cantik-cantik and ready to EAT! Aipppp tunggu bukak pose karang ye. Selamat mencuba!!

*Yummy*

Sekian terima kasih.

[UNQUOTE]

Pangkor Trip - Budget punyer~

Assalamualaikum..

Antara ubat ketenangan hati adalah dengan melihat keindahan alam. Antara keindahan alam yg memang tidak dapat disangkal lagi adalah laut yg terbentang luas. Aku memang suka bebenor dengan laut. Sanggup pakai sunblock bagai, padahal hari-hari biasa nak pakai bedak pun malas apatah lagi nak pakai mekap. Jadi, setiap kali ada kesempatan aku akan plan pergi laut. Aritu cuti aku pergi pangkor and penang. Kat pangkor tuh adalah buat aktiviti snorkeling and island hoping. Tapi kat penang aku p mandi-mandi jer. Jadi sementelah aku telah kesana, hatta kiranya mahulah saya berkongsi satu dua rasa dan pengalaman yg amat bermakna ni. Boleh juga dijadikan sebagai panduan jika mahu kesana lagi.

So, bertolak kami 4 orang ke pangkor dari taiping. Bapak aku and adik aku 2 org. Kitorang ikut jalan lama tak masuk highway sbb lebih dekat dan mudah bak kata bapak aku lah. Perjalanan dari taping ke jeti lumut mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam jugak lah. Sampai je kat jeti lumut aku park lah kereta aku kat dalam tempat parking bawah bumbung punya. Tak silap aku rate parking dalam 60 sen sejam.

So, on the way kitorang jalan ke jeti, tetiba ada plak pakcik ni tanya, nak p jeti ke? Jeti arah sini, tunjuk pakcik tu ke suatu arah menghadap kehadapan kitorang. Eh tetiba pakcik ni ramah pulak nak sembang bagai, rupanya pakcik ni agen penginapan and ada business sewa kereta jugak kat pangkor tuh. Tapi bagus jugak strategi pakcik ni, tunggu kat jeti lumut. Kalau nak tahu, kat pulau lepas turun boat kt jeti belah sana tu memang lagi ramai agen-agen yg tunggu. Nampak tak permainan dia? Haha. Sebenarnya kitorang memang tgh gugel penginapan pun waktu pakcik tu tanya. So, macam pucuk dicita ulam mendatang. Aku pun book je lah kat pakcik tuh. Kitorang stay kat Chalet Purnama sebab dalam chalet tuh ada kolam renang. Tu je sebabnyer. Haha. Bilik yg aku stay nih, ada 3 katil bujang. Tak ingat namanya apa, standard room ke apa tah. Tapi ada 3 single bed. Rate satu malam lebih kurang RM170++ plus GST. Kitorang stay 1 malam je sbb ni percutian 2 hari 1 malam.

Lepas dah book bilik ngan pakcik tuh, aku and the geng pun berjalan dengan riang ria menuju ke jeti. Sampai kat jeti pulak, kena beli tiket boat Rm 10 pergi balik. Tiket tu kena simpan sebab waktu balik kena tunjuk tiket yg sama. Maka, naiklah kami berempat ke atas bot menuju ke pulau pangkor. Waktu naik bot tuh memang aku teringat kenangan p camping waktu kat matrix dulu. Terbaik dowh. Selalu ramai jugak yg cakap pangkor boring lah, tak dak pe sangat lah blab la bla… But for me Pangkor is the best place to visit and to enjoy if you know how to. Pergi mana-mana pun akan jadi best kalau u tau nak enjooyyy. Tapi for me, still kesederhanaan is the best. Ok, berbalik kepada perjalanan boat tadi. Bila boat berhenti di perhentian pertama jangan turun lagi. Turun waktu di perhentian kedua.

Bila dah sampai pulau pangkor tuh, dapat kereta sewa, apa lagi cari tempat nak tido lah. Pangkor ni kecik je. Pakcik tu kata kita takkan sesat dalam pangkor nih. Kalau korang sesat, korang orang pertama yg mencatat sejarah sesat di pulau pangkor. Pakcik tu lah kata. Ha, yo lah tu pakcik. Bapak aku lah drivernya. Mencari-cari Purnama yg akan menjadi tempat kami merehatkan diri dan merecharge tenaga untuk aktiviti laut keesokannya.

So, esoknya kitorang pergi brekpes dulu sbb dapat voucher brekpes kat chalet tuh. Lepas makan sarapan, kitorang terus pergi snorkeling. Sebenarnya pagi-pagi before brekpes tuh kitorang dah survey-survey harga snorkeling & island hoping kt sepangjang jalan tepi laut. Dekat jer dengan tempat penginapan kami. Like 2 minutes walking distance. Kira jalan terus pastu lintas jalan terus nampak tempat yg diorang buat pakej aktiviti laut nih. Banyak je sebenarnya, so do not to worry. Just choose wisely jer. Aktiviti yg kami ambik is snorkeling+island hoping. Harga lebih kurang RM 15 satu kepala (kalau tak silap sebab dah lama tak hingat..heheh). First die hantar naik boat kat satu pulau nih. Kat situ boleh snorkeling sepuas-puasnyer.. Dah puas snorkeling boleh kol je org yg bawak boat tuh suruh datang ambik. Lepas tu orang bawak boat tuh akan bawak kite p melawat pulau-pulau kat situ. Ok lah, dengan rate harga yg murah tuh don’t expect much la ok. Haha.. But still Ok for me. Then, dah abeh main air, kitorang pun balik chalet & terus terjun kolam renang pulak. Berenang-renang like a boss. Lepas dah penat, dah sunburn, dah perang kulit, kitorang pun balik bilik bersiap utk check out. Lepas dah check out tuh, kitorang jalan-jalan pusing pangkor, pergi kota belanda. Tempat bersejarah waktu perjanjian pangkor dulu (if im not mistaken). Fuh, kalau nak tahu jalan kat pangkor nih dah la kecik, berbukit-bukau, bersimpang siur, memang giler ah naik kete manual pulak. Adusss. Next time kalau nak datang pangkor lagi, rasanya better sewa motor je. Senang, mudah, dan tangkas. Tapi kalau sewa motor, barang jangan banyak lah eh. Haha.

Ok, dah habis round-round pangkor, sampai berapa kali round pun tatau lah kan, tiba masanya nak pulangkan kereta dekat jeti. Dekat situ jugak kitorang membeli belah sotong kering, ikan bilis, souveniers dan sebagainya. Kat area situ kira area pekanlah. And finally, kitorang naik boat balik ke jeti lumut, and naik kereta balik ke tepeng. Selesai sudah pengembaraan kami ke pangkor. Pulau yg kecil tapi kaya dengan hasil laut. For me, pangkor best tapi please jangan compare kan dengan pulau perhentian or other island because it such a huge difference. Haha.

Semoga bermanfaat! Akhir kata, jangan jadi pelancong, tapi jadilah pengembara!


Till then!

Thursday, June 4, 2015

Setelah 4 Tahun...Rindu...!

Assalamualaikum wbt..

Ok aku tau memang lama giler tak update blog suka hati aku nih. Bukan sebab aku malas ke, bukan juga sebab aku bizi, malah bukan juga sbb aku tak dak idea….Tapi semua yg berlaku itu ada hikmahnya..Eh! Maksud aku, aku dah lama tak update ni sebab aku tak hingat password blog nih.. Heheh! Last aku update, aku tukar nama kat link blogspot tuh. Sebelum nih aku pakai punyapasal.blogspot.com. pastuh aku tukar jadi senyumjerlah.blogspot.com. Yerlah, punyapasal tuh cam ganas sangat pulak. Aku kan lemah lembut dan sopan santun, mana sesuai pakai nama camtuh. Ngahahhaa... Kalau korang nak tau, aku siap buat beberapa blog lain lagi. Tapi masalah lupa password aku nih menjadi-jadi pulak. Bila lupa password je, buat blog baru. Bila buat blog baru je, mesti lupa password. Adoi. Last-last aku try login blog sukati semalam, PAP! Eh betul pulak passwordnyer. So, aku terus ada semangat nak tulis blog. Sebab memang banyak betul benda aku nak luahkan kat sini. Eceh.

Bila tengok last entry aku tahun 2011. Fuh! Lebih kurang 4 tahun aku bagi blog nih berhabuk. Dah bersawang spiderman lagi. Bila baca semua entry aku balik, since zaman belajar lagi…Adoiii rindunyerrrr…Tak tau rindu apa. Tapi rindu lah, mebi rindu zaman dulu-dulu. Rindu kenangan indah suka dan duka. Kenangan berblogging bersama kawan-kawan.  Sekarang nih dah lain…sangat..

Bila piker balik, sekejap nau masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, aik dah 5 tahun aku keje. Maknanya dah 5 tahun aku tinggalkan zaman belajar aku.  Sekarang rasa nak tinggalkan zaman pekerjaan pulak nih. Tengah planning nak melebarkan sayap dalam bidang perniagaan atau pelaburan. Sebabnya, ntah. Rasa macam nak move on, tu je kot.

Dah lah. Cukup buat masa ini. Sampai ketemu lagi di lain warkah. Aku ada banyak khazanah cerika dan hikayat untuk dikongsi sebenarnya. Stay tuned!!

P/S: Kalau sedih, cuba selongkar blog aku. Memang merapu boleh buat korang gelak sorang-sorang.  Dah jadi kat aku, sebab tu berani rekemen kat korang. HEheHE!

Love,

Cik Sukahati.

Friday, November 18, 2011

cerpen #3

Assalamualaikum.

Berkaitan tajuk di atas (pls refer to the title of this post), sebenarnya aku tak tahu la dah bape byk cerpen yang aku tulih dalam blog suka hati nih. Tapi itu apa yang aku rasa lah. But well, it does not a matter. Let's just start it with number three & just assume that i have already post 2 cerpen in this blog though it is more than that. I din say it may be less than that because I know it is not less than that. As usual whenever the writing feelings come is because i cannot sleep though its damn sleepy. Kinda paradox is it? Ya. Ok whatever. Harini aku nak menulis cerpen yang bertajuk 'Hijab itu Indah'. Actually i try to masukkan elemen-elemen keagamaan dalam cerpen nih supaya kita dapat menghayati dan sama-sama dapat memperbaiki diri kita la .Juga peringatan untuk diri aku sendiri jugak.

HIJAB ITU INDAH

Pagi yang tenang terasa dingin. Telinga rasa kebas.Rambut terasa menggigil(erk). Mulut berasap-asap macam kt jepun pada musim sejuk. Ok cukuplah hiperbola yang cuba ditonjolkan. Sebab apa? Sebab tak pakai tudung. Tu pasal telinga pon macam berdesing je sejuknya. Kiki cuba mengambil kain yang terletak di atas bakul pakaian dan cuba memakainya di kepala. Walaupun selekeh yang sangat namun kain yang membaluti terasa hangat dan itu telah membuka lembaran sejarah baru bagi Kiki. Sejak hari itu beliau selalu mengenakan hijab di kepala walaupun badannya tiada seurat benang pon menutupi. Oooopss jangan lah pikir terlalu jauh ye. Kiki cuma lah seekor kucing jantan yang comel dan berwawasan dalam setiap bidang yang diceburi. Secara tak langsung sebenarnya Kiki telah memberi moral kepada Lala iaitu tuan kepada Kiki ni lah. Walaupun Lala memang bertudung baik punya, apa yang dimaksudkan pada awal perbincangan tadi adalah bila sahaja Lala melihat Kiki suka benar memakai kain di kepala cuma dua perkara terlintas di fikiran Lala. First sekali Lala fikir,Kucing pon pakai tudung. Malulah kat kucing to whom it concern la. Second was kucing aku ni rasanya jantan. oh itu mungkin fesyen terbaru bg kucing jantan dalam organisasi kucing sedunia. Sekian terima kasih.

Ok lah.sorilah if any one get hurt or etc. But to tell the truth memang bukan tgh mental disorder tapi sebab tak leh tido time mengantuk giler ah . HAHA!!

K bai. naktido!

Monday, October 24, 2011

hehehhehe

why is everybody so obsessed?
money can't buy us happiness.-price tag by jessie j.

korang just nak bgtau aku baru update section about me.check it out lar.ehehhehehhehehhehehehhehehhehehehhe...sengih kerang wangiiiiiii~~~

tak tau nak tulis ape lagi.ah sambung nyanyi balik.

it's not about the money money money,
we dont need ur money money money.....~~~

Saturday, October 22, 2011

nak jadi cikgu lah

aku rasa nak jadi cikgu skg nih.nak mendidik anak2 bangsa supaya menjadi lebih bijak dalam mengahrungi arus modenisasi yg pesat ini.

aku dah bosan keje yg pressure tak tentu masa nih.kerja yg environment nye terlalu sosial.kerja yg sesetengah orang tak paham sensitiviti agama nih.pathetic to them.

dunia nih cuma tempat persinggahan yg sementara.macam R&R.selalu kalau jalan jauh kita singgah r&r utk makan dan bersolat. macam tu la analogi nye.

Cikgu kerja yg mulia kan. I really hope to be one.

Tuesday, October 18, 2011

Am i a silent monster?

Assalamualaikum semua!

haritu ada game kat opis aku. Ada sehelai kertas tampal kat belakang kita alah yg stick note ke hape ke namanya. So sesape pon boleh tulis kat belakang kita tu pendapat diorang mengenai kita. Macam bila kita tengok orang tuh,kita rasa dia orang yg macam mana. So, apa yang orang tengok aku adalah seorang yang:

-gila
-mengarut
-silent monster
-quiet?
-best!
-muka tak bersalah(pastuh ada lukih muka smiley)
-pose weirdly in the picture
-pretty
-robot
-hensem!!hahahaha
-alim(actually tulih halim pastu nampak lah padam huruf 'h' tuh)
-Abang Macho

Ni lah pandangan orang dekat aku. Memang aku tak tokok tambah hokkay. Tapi macam best je bila tau pandangan orang terhadap kita. Bcoz it doesnt a matter for me. Its not too wrong anyways and its not too right anyhow..ehehehhehehe..poyo lak.

walaupon aku tahu bukan ada orang nak baca pon blog aku yg olskool nih,but who la care kan bout that. selain mereka yg suka mengomen disini lah.hehe

diatas permintaan cik jari(sori lah poyo sikit) aku nak bagitau korang yg kambing tak de gigi atas weh.korang tau tak? mesti ramai yg taktau kan? kan?

ada satu cerita yg berbunyi :-

Pada suatu hari,seorang doktor haiwan atau lebih glenmer dipanggil veterinar pergilah melawat satu kampung yg nama nya dirahsiakan, Kampung yg rahsia plak namanya tuh,ramailah penduduk disitu membela haiwan2 dari pelbagai rupa dan bentuk. Jadi, adalah seorang makcik nih dia memang pengembala kambing yg termahsyur kat kampung tersebut. Jadi,tujuan veterinar tuh datang melawat kampung adalah untuk meninjau haiwan2 disitu jika manalah tahu ada masalah yang tak dapat penduduk kampung selesaikan yg dimana dokyor haiwan diperlukan. jadi(ntah bpe banyak jadi tah), makcik tadi tuh tetiba panggil doktor haiwan nih. Dalam keadaan yg tergesa2 dan keadaan yg bapak menggelabah.Mari kita ikuti perbualan mereka.

Makcik(M) : Doktor!Doktor!Doktor!Doktor!..saya ada masalah yang besar doktor.siang malam saya tak dapat tidor memikirkan masalah yg membelengu benak pikiran saya nih doktor.

Doktor(D) : (makaih bahasa terbaiiikkk-cakap dalam hati) Apa dia makcik.macam complicated sangat nih.saya pon takot nak dengar nih.hehe

M : macm nih.makcik tak tahu lah doc.makcik tgk kambing makcik ni dah mengjangkau umur matang dah rasanya.tapi gigi atas dia tak tumbuh2.runsing makcik tengok.tak cukup kalsium ke hape.(sambil sengih tunjuk gigi)

D : Kah33..makcik ni pandai buat lawak.kalau makcik nak tau,kambing memang tak dak gigi atas. kalau makcik tunnguu sampai musang berjanggut pon,or kucing bertanduk pon,mmg takkan tumbuh gigi atas tuh. Kalau tumbuh tuh mmg spesel kes la tuh.leh masuk TV kot.keh3.jgn marah makcik.gurau gurau.

M : oh yeke. thank u bery much doc.i learn sometin new today.very the relief la to know that.pheeeewwwwwwwwwww...heheheeeeeeee


Banyak ayat ditokok tambah.sekian semoga terhibur. oh lupa polak.typo error tak dapat di gostan sebab malas.harap maklum!

Sunday, October 16, 2011

Learn something new

sometimes i feels like making a journey to somewhere and do some notes about it. Interesting is it? Hmmm will wait for the times to come.

Btw, Assalamualaikum all~

Just wanna express some sort of feelings here..haha poyo kan. No la actually today i will teach a tamil language. Just a few words that i know, and feels like spreading it.

1- nandri : terima kasih
2- vayimuder : tutup mulut
3- yepedei : macam mana
4- vena : jangan
5- korengge : monyet
6- kutty : kecil
7- po : pergi
8- pandi : pig

I think that's all what i can recall now. Later i will update if i remember more. And sorry if it's not right.hehe.

Ok Bai. Have a good nite !

Sunday, September 25, 2011

future plan

Assalamualaikum w.b.t.

sebab bosan aku update blog. tadi aku tgk kalendar for 2012 punya.kat internet lah.looking for public holidays for next year.why? bcoz this year's annual leave of mine finish already.bcoz i'm not planned well.that's why it finish like eyes blink(sekelip mata).bwahahahaha.so now i want to plan! aku macam nak amek core leave(cuti 10 hari deret) bulan january.tapi ada rancangan baeek punyer la.but i'm worry it will not turn like what i've plan.And also it's too early to take long leave.& it also will make me suffer as i finish the annual leave early to wait another 11 month to another year & another annual leave.OOOOOOOOHHHHHHH pathetic!

However,let's forget about that as it just make me stressed out.& pls forgive my grammar disorders bcoz my mind are quite meesssssyyyyy rite now! heheehehehhe...

ok let us think back what we have done this year. I'm talking like today is new year's eve plak kan.k whatever.this coming october i'm going to malacca for the team outing.& i have to plan my financial well so that i still can survive for the whole month until the salary credited into my account.

Sorry this is random thought.Thanks for those yg drop by.

Saturday, September 10, 2011

Asyik pasal moto je kan.Biar lah..

*Perjalan sewaktu pulang ke gerik rumah maklong pada hari raya ke2*

Assalamualaikum.Selamat Hari Raya Semua Maaf Zahir & Batin!!

Hai frensss. Harini aku macam biasa lah bosan sangat. Baru bangun tido,pastu gosok gigi, berak, brekpes belum lagi tapi malas masak(boleh?) dan etc. Aku cuma nak citer ketidakpuasan hati disebalik trauma aku terhadap motor old skool aku tuh. Ceghita die macam nih. Sekarang nih aku dah fobia nak basuh motor aku. Entah wujud ke tak nama saintifik utk fobia jenis nih. Tapi itulah hakikat yang tak dapat aku sangkal.*lagu sedih keudara*

Mari kita imbas kembali nostalgia sewaktu kejadian yg membuatkan aku fobia untuk membasuh moto. *zzzzzuuuuuupppppppp*(konon flashback lah ni)

Di pagi/petang(tak sure sebab gambar flashback ni black n white keh3*sambil lagu amy search issabella kedengaran*), aku a.k.a seorang gadis ayu*lagu gadis ayu tetibe* keluar membawa baldi dan syampu yang wangi memikat hidung. Bubuh syampu dalam baldi bukak paip tunggu sambil air berbuih2 tak hingat. Park moto baekkk punya. Aku pon start memassage that particular motorcycle. pas dah habes massage tuh aku selamba badak menjirus-jirus air kat dalam baldi tuh sambil menyanyi riang.bukan sekali bukan juga 2 kali tetapi berkali-kali. Keesokan harinya nak p keje aku macam biasa lah start moto,tekan gear satu, jalan........sampai kat satu bonggol aku nampak anjing hitam yang sangat uh taktahu lah nak gambarkan perasaan time tuh sebab dekat gak ah anjing tuh kan.sampai kat bonggol tuh aku slow la n tukar gear 2, pap pap pap(bunyi motor) motor aku macam nak mati enjin. Nasib baik aku sempat press minyak before the engine stop there. Yess, motor aku semputttt dowh. Sebab, kaburetor motor masuk air dowh, Sebab aku basuh motor semalam dowh. OMG! so balik dari kerja nak pergi bengkel tuh aku tak bleh buat slow motor aku tuh sebab nanti die macam nak mampus. Jadi bonggol ke hape ke semua aku langgar pada kelajuan yang tidak dikurangkan. Stunt gak la time tuh kan. Haha. Pastu g bengkel servis la karburator sambil menukar corong kat situ. Itu pon setelah mendapat khidmat nasihat abang aku.****tiinininininnnggggg*

Gitu lah citer nyer...Sekarang nih moto aku memang berselut nak mampus. Nampak nye aku terpaksa massage je la.Moto takleh bagi mandi lah..Nasib...Nasib...Takpe asal tuan die mandi ok dah tu dah cukup wangiiiii........Hehehehhehehe


Daaaa~

Thursday, August 25, 2011

after berbuka buat ape?

Hai semua,

This is a random entry. Lepas bukak puasa korang selalu buat ape? ok tu je. Bai.

Friday, August 19, 2011

Miracle la weh!

Assalamualaikum

Okeh skang nih aku nak share cara-cara menjaga motor dengan sempurna. Sebab apa aku rasa aku layak untuk memberi tips ini adalah kerana keajaiban telah berlaku kat aku. Ini semua sebab aku tahu cara yang betul dan benar untuk menjaga moto. Tambah2 barang2 lama kan. Vintage la katakan. Meh aku bagitau cara-cara yang baru aku gembar-gemburkan tadi. Bukan gembur tanah ler. Tanah kat umah aku ni tak gembur2 kan lagi. Aku nak tanam pokok cili aku nih. Dok dalam polybag tuh kesian je aku tengok tak cukup ruang yang selesa. Hmmmmm. Sabaq sat nanti aku bagi ruang yg best sangat kat hang naaa pokok ciliku...

Ok berikut adalah tips untuk menjadi seorang tuan pemilik motor yang baik lagi tip top:

Pertama - Waktu pagi-pagi nak pergi kerja tuh, start la moto pehtu biar lama sikit bagi panassss enjin. Sambil tengah dok tunggu enjin panas tuh, korang puji lah sikit moto korang tuh. Aku selalu puji motor aku. Contoh2 ayat pujian yang terbaik adalah seperti berikut:
a) Baby(panggilan manja), harini jangan buat hal.U are the very best! I know baby is the best ever! Baby baby baby ooooo like baby baby baby ooooo(lagu justin bieber)
b) Dan sebagainya/etc..hehe..pujian bergantung pada kreativiti korang lah yer..

Kedua - Isi la minyak bagi penuh. Bagi makanan yg cukup pada moto korang. Moto aku dah dua kali habis minyak kat tgh jalan. Serik hokkay! Aku dah trauma nak tangguh2 isi minyak. Selain itu meter minyak aku rosak senantiasa tunjuk E memanjang. Tapi miracle happened today whereby my fuel metre has been showed some movement weh!!! That's all because I know how to take a really good care of my ayah's motor. That motor really help me a lot. I love that motor. Later aku mandikan kau ye motor. Berselut sangat aku tengok.

Ketiga - Basuh la motor korang kerap-kerap sikit. Bab ni aku fail sikit la sebab aku ni kan perasan bz. Later aku basuh bagi berkilau-kilau lebih dari m daud kilau kay. Bagu hensem sikit moto aku tuh. Sebab dah hemsem jadi nak bagi lebih hemsem je. Bersih dan wangi. Baru ramai nak ngorat. Eh lari tajuk plak.

Keempat - Optimis! erk well ada kaitan ok. Tak caye try la.

Kelima - ermmm dah habis kot.Tak leh recall lak apa lagi tips yg tip top abad ini.

So, amacam? Korang mesti dah ada idea camner nak menjaga moto dengan terbaik. Sama-sama la yer utk korang yg baru nak ucap mahupun yg terlintas nak ucap tima kasih kat aku tuh. Well I know. Haha. Ok lah semoga korang tak ragu2 lagi nak bergurau senda dengan motor korang!

Bye!
Salam ramadan!
Jangan lupa pergi terawih ye. 10 malam terakhir nih. Grab this chance now as we dont know we still can get ramadan in future or not.







Friday, July 29, 2011

Jumaat yang berkat

Assalamualaikum~

Hi there? anybody? *bunyi cengkerik* Fine!

Ok sempena hari jumaat yang barakah nih, aku nak tukar style sikit blog aku nih. Instead of I'm crapping around, I think I better put something benefial for those who read this blog. I'm going to share some recepies,creative stuff & etc. But first and foremost I want to share the chicken chop recepie but now I only got picture for the ayam only. Pic untuk kuah nya takda. So I postpone la nex time when I'm going home meby nex wik i'll take the pic of it.(ps3: I'm not sure ofthe 'recepie's spelling. Is it what I wrote right?I always get this kind of confusion..ermmmmm...whatever~)

Oklah disebabkan takde gambar,so aku buat book preview je. Currently aku baca buku novel 9 NYAWA by Ramlee Awang Murshid. Aku mmg fanatik dengan buku novel dia. Genre thriller. The imagination is really impressive. Hehe. For those yg tak suka baca buku novel cinta tuh macam aku, boleh lah baca buku Ramlee Awang Murshid nih untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan anak2 muda remaja. Bukan sahaja remaja malah orang dewasa,kanak2 mahupun sesiapa pun perlu ada minat membaca dalam diri mereka. Dengan membaca, kita akan dapat banyak manfaat secara langsung mahupun secara tidak langsung. If u want to know what I mean,just try it yourself. For novel 9 nyawa ni aku tak baca habis lagi.Baru start baca sebab byk list to-read aku tak sentuh lagi.Maklumlah aku kan suka perasan bizi. Let me finish this book by today & the review will do tomorrow upon completion.

Hurm, By the way, tomorrow what u guys plan to do? Cleaning? Lepaking? Tidoq? or Shopping?? Ok I will go shopping tomorrow!! yebbbbaaaaa!!!! It's been ages kot aku tak shopping.Kali ni nak shopping besar-besaran sikit.If can nak beli barang raya sikit kot. Well we'll see tomorrow..Aku ni cakap tak serupa bikin skit.Wahahahahhaha! Jum masjid jamek sok sapa nak ikot? Hehhehhehehehhe*sengih lebar*

Ok lah. aku nak buat list for tomorrow. Bye my fren! Please forgive me if I did wrong or say wrong or ermmmmm just forgive me ok?

Happy Jumaat. Eh tadi ada potluck kat tempat keje. Our second potluck. Kenyang. Tapi sekarang lapar. Hehe

Wednesday, July 27, 2011

Rabu's note

Salam semua!

apa khabar semuanya? Semoga kita semua sentiasa mengingati mati. Hehe
Ok hari ni my day as usual.pergi kerja,balik kerja. Esok aku kena masuk keje kol 11 plak sebab tukar shif dengan member2 satu team.Sebab ape? sebab diorang nak pegi tgk bola. Biasalah Harimau dengan Singa. Sengit rasanya. Selalu kita dengar Lion la King, Tiger plak Balm. Tapi tiger balm tu la yang aku cilok dari kawan aku tatkala kepalahotak aku pening kat workplace. Korang rasa korang sokong sape? mesti banyak yg sokong harimau if u r malaysian & support singa if u r singaporean. Logic kan? Haha. So I as malaysian of coz I am supporting Harimau Malaya. Go Go Tigers!! But we cannot predict what will happen tomorrow. If Tigers can play well, they might get the glory that night. I'm not that fanatic towards soccer because it's not my thing. But since everybody having a high 'fever' of this, I just want to be nosy to be updated of this kind of thing.Haha. But indirectly we feel interested to know the progress isn't it? Ok let's stop talking about football. But ticket sold out in just a few moment! ok ermm maybee not in a few moment, but still it's like hot fried banana(pisang goreng panas)..Heeeeee!

Aku rasa nak tukaar nama la blog aku nih.Bagi nampak macho ssikit.Aaarrrgh keyboard aku ni bila type lembab plak huruf2 muncul.Mlaas la macam nih nak type.Dah laa banyak menyumbang kepada typo error. Well I think see ya next time in a nice mood & nice post from me. Chow! XOXO

Tuesday, July 26, 2011

Who care???

Assalamualaikum ! Hai!

Evening! ok. It's been ages I'm not updating this blog & I know I din do it on purpose. I am buzy ok! I repeat I AM BUZY! but but who f* care? haha (abaikan what i mean by that f & star)

Ana Lulu baru start dikala aku menulis this entry & again...........who care? Tapi drama ana lulu tu mmg comell macam I la uols..~^^~
ok lah.mengarut je aku nih. sebenarnya tujuan aku start all over again write this blog is because I rindu nak tulis blog disamping........di samping.....aku nak mengisi masa aku dengan perkara2 yg berfaedah dan bermanfaat supaya sesiapa yang membaca kat sini turut merasai manfaatnya...even if u dont read but just scan it, u'll get the feeeeel of it..haha..bajet bagus jap.sila jangan kecewakan perasaan aku.

Korang nak tau tak.sekarang aku pegi keje naik moto.tu pasal ada masa lebih skit.compare before time naik bus.banyak gila masa aku terbuang.*sigh* But it doesnt matter,u know y? because those kind of experiences really thaught me a lottt. But again I feel really cool rite now since i bring my ayah's motorcycle to the work.well of coz la motor harley davidson kot.haruslah kool..haha... No lah. Aku bawak moto kapcai je.well i feel really cool u know.because I not going to care what people say & what people thought of me. Who care? My plan is to save the money & buy a new HOT car that will make people think they want to have a kapcai motorcycle as well just like me! haha. kalau pakai moto honda cub tu lagi klasik kan? I <3 mini cooper. But money is not everything.It just everything is money. Naik moto ni boleh jimat banyak weaa. Jimat masa, jimat duit, jimat tu, jimat ni......etc. Lagi satu memang COOL weh..sebab apa? sebab pagi2 pegi keje angin sepoi2 bahasa melayu menghembus ke pipi ke mulut argggh segarnya rasa...HEHEHE..bak kata manager aku, macho wea.heeee.

Ok moral of da story. Whatever you want to do,just do it.Don't let people change your mind. Tapi benda baik je la. Persetan kan segala apa kritikan dari manusia2 dengki. OK? PEACE V^^V


ps3: nobody nobody but u.teng teng teng..eh mnyanyi plak. nobody kutuk me pon. saja je tulis en3 nih.

Ana lulu pon nak abeh dah nih.Ok nak concentrate tgk ana lulu. See u guys when I see you! In blog je la eh.not reality. Salam~


Oh oh..aku suka time laki tu tny, kenapa suka pakai baju macam ni.banyak2 kaler. Ana lulu's answer mmg best.die cakap,kalau kite boleh pakai banyak kaler,kenapa nak pakai satu kaler je.lagipon buat pe nak kisah apa orang cakap.kita kena yakin dengan diri kita sendiri. Best kan? lebih kurang camtu la die cakap. Neway get my points? Heeeeeeeee

Wednesday, June 1, 2011

Manusia

Assalamualaikum.

Hi everyone! First of all I would like to thanks to all for the willingness wasting time read this so called informative blog. hue hue hue. I just want to present poem that I create based on my own observation and I just want to share with u guys. Have a good time reading & please learn from it! Please? *big eyes with full of hopes*

Human,
Never learn,
History keeps reminding,
Bad things happened,
But human never want to learn.

That's all. Hahahaha..

Now let's talk about sumtin else. errrrrrrrmmmmmmmmmmmmm......................












.........................................................12 hours later........................................................






zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kroih kroih fiuuuu fiuuuuu~~

Gudnite! Have a sweet dreams!

Saturday, May 14, 2011

Hai

*bagilah binatang nih untuk hadiah hari jadi aku..hemo hemo*


Assalamualaikummmmmmm!!

Selamat morning guys! Dah take ur brekpes? I am having it now. Nice cool green tea & nuggets. Am now missing home with nasi lemak & hot tea...hmmmmm...even the nasi lemak not from home (buy one) but still I cannot find the nice one here.

Ok.

It's been ages i'm not updating this blog. I know nobody going to care pon. But what to do there's a lot of requestsssss I receieved ask me to update my blog oftenly.(mata ke atas tangan ke dada)


Now I am updating just want to improve my english even I know it's good enough already (mata ke atas tangan ke dada).

eh weh weh spongebob dah start..later I continue my mumbling..

Monday, March 28, 2011

Mat salleh sesat

waaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrggggggggggghhhhhhh----->menguap tahap tak sopan nih..
Walaupon dah kuyu mata aku nih tapi dengan tidak menghampakan peminat-peminat aku akan bermadah sedikit tentang memoirrrr aku semalam sewaktu pulang ke kota untuk mencari rezeki..ewaaahhhhh~

Sebelum itu mari aku singkap cerita yang lain dahulu.Begini. Pada suatu masa dahulu ada seorang professional yang mempunyai kelulusan dalam bidang perlautan dan segala benda yang berkaitan dengan laut.Hal yang demikian termasuklah spesies-spesies hidupan laut, arah mata angin, menetukan arah menggunakan kompas, mengemudikan kapal dan apa-apalah yang berkaitan dengan laut. Tapi malangnya, si profesiooooonal ni sombong nak mati.Mari kita gelarkan dia sebagai Karim bukan nama sebenar.So sape-sape nama karim jangan tersinggungg ye sebab tu bukan nama sebenar-benarnya..he he he. Jadi dengan perangai karim yang bongkak dan angkuh nih, die menjadi bualan hangat dalam topik-topik utama sewaktu aktiviti mengayam ketupat cicah rendang ayammmm. Tak kurang juga yang mengkagumi si karim nih sebab, ye lah ada profesional qualification la katakan. Nak dijadikan cerita ada lah seorang nelayan di kampung tuh..(bayangkan je lah)..Mari kita gelarkan saja si nelayan nih Nela..(haha)..itu cuma nama samaran nya sahaja..nama sebenar? Rahhhhsssiiiiiiaaaaaaa uuuuuuuuuu...hhahaha..Si nela nih memanglah tetiap hari ke laut menjalankan tugas sebagai nelayan. Nak dijadikan citer lagi si Karim nih memang menyampah benau dengan si Nela nih..macamlah si nela tuh kemaruk sangat dengan si karim nih..huh perasan! Tapi si Nela ni tak menyombong walaupun si karim nih mengata macam-macam dengan die tapi die pekakkan saja hidung die.Lantak kau lah nak cakap ape.Ada aku kesah? begitulah monolog dalaman pemuda bernama Nela ini.Mulia sungguh hatimu kanda..huk huk huk..(gedik sangat pegi mampusss)..Ok biar aku pendekkan citer je. Karim nih selalu berlagak lah maklumlah orang ada ijazah(profesiooonal punya lah). Nela pulak cuma ada sampan dengan jalanya yg buroookkk. Berok die pon ada bela sekor.Diberi nama james brooke..(keh keh keh)..boring-boring james brooke akan pergi memetik kelapa mengambil upah takpon tolong orang buat amal cari kutu kt kepalahotak. Lupakan sekejap cerita james brooke.Ia bukanlah watak utama skg nih.Sambung balik tadi. Si karim nih selalu lah memandang rendah dekat si Nela kerana dia sangka die bijak lebih drpada Nela. Suatu hari mereka beradu tenaga dengan pergi belayar. Meraka tetapkan siapa dapat pergi ke Pulau Alajazam then patah balik ke kampung mereka dalam masa yg paling pantass akan dapat berkahwin dengan puteri raja.(oh sesuka hati kauuu je).Jangan perasan.Bukan dapat kahwin tapi dapat Nama sahaja kat kampung tuh. So mereka pon setat lah belayar. Si karim tentulah menggunakan segala teknologi kejuruteraan yang beliau pernah belajar di atas kertas suatu ketika dahulu dan belayar menggunakan kapal yang gah! di mata kampung itu.Karim mengaplikasikan segala teori yang pernah beliau hapal dahulu.Namun Karim lupa yang die tidak pernah ada pengalaman belayar walaupun basic knowledge tuh ada.Manakala si Nela cumalah belayar menggunakan sampannya yang buruk bersama jalanya yang burukk dan berrok nya yang buruk a.k.a james brooke. Dan semuanya begitu mudah bagi Nela keran Nela cukup well versed dalam mengemudi arah dan tujuannya. So pemenangnya adalah Nela dan Karim adalah pengalahnya. Jadi moralnya di sini janganlah memandang rendah dengan manusia lain hanya kerana kamu lebih sesuatu daripada mereka. Ingat Nelayan tuh boleh dikatakan pencetus minda para jurutera-jurutera marin(or whatever it is).Mereka tau bagaimana menentukan arah melalui bintang kalau time malam.(rasanya lah)..Semuanya dari pengalaman mereka.Ingat! Pengalaman itu amat bernilai tak dapat dibeli dengan wang rupiah mahupun Dinar.Kupang apatah lagi.

Sekarang aku nak cerita kisah benar yang terjadi semalam waktu aku pulang ke kota...(mcm ulang je ayat nih)..Cerita kat atas nih cuma rekaaan aku..Jangan lah marah.Nanti cepat Tua. tenaok macam aku mudaa je lagi.Tak nak tanya petua ke? Aku takda petua.(sebab perasan muda lagi)..

Di suatu petang yang dingin ada seorang gadis terhuyung-hayang(bajet kurus lah dibuai angin kencang.sembang kencang adalarr) terhegeh-hegeh baru nak pergi beli tiket bus nak balik ke kota raya. Jadi naiklah ke bus menuju ke kota raya naik atas lebuhraya bus rosak pulak kat ipoh raya(saja tambah bagi sedap). Turunlah semua makhluk kat dalam bus tuh melepak kat tepi lebuhraya tengok kereta menyesup-nyesupp atas lebuhraya bajett laajuuu..Blaahhhh laaaa..Pandu cermat jiwa selamat lah weeeiiii..Ingat orang tersayang lahhh..! Si gadis tadi tuh duduk la bersila atas lantai bersimenkan intan berlian bertahkhta kan batu permata.Ok tipu.Duduk atas pasir bertemankan rumput rampai bersama semut-semut yang sentiasa berlari ke hulu ke hilir bajett rajin..Berlakon plak semut nih depan aku.. So Denagn cahaya matahari yang memukau yang sentiasa membantu dalam proses fotosintesis. Yang memberi makna kepada biasan cahaya jika ada pantulan cahaya ke atas air (ye ke?). So tengah melepak-lepak tuh,mestilah order teh tarik plus dengan roti canai spesial kan?Ye la tuh.Dalam mimpi saje. Tetiba muncul mat salleh dari mana entah datangnya dengan lagak seperti pengembara yang sangat berdedikasi pergi jalan buat tak tahu je kat kitorang yg tgh senang lenang melepak tgu bus ganti sampei nih.Mat salleh tu pergi menuju barat daya dari arah si gadis td tuh. Mat salleh tadi tuh pon mencuba nasib menahan kereta dengan aksi yang biasa kita lihat dalam drama-drama di TV mahupun di panggung wayang. Dalam hati si gadis, ada ke orang yang berani nak bagi tumpang?maklumlah bukan kenal pon. So dalam dok bermonolog tuh PaaP! kereta MyVi taksilap lah warna putih berenti dan bagi mat salleh tadi tuh tumpang. So Pakcik kat sebelah aku buat-buat sembang pulak. Si gadis cuma mampu berkata rakyat mesia nih baik jugak yee..HA HA HA.. Bila bus ganti dah sampai memang nikmat tol masuk dalam bus tuh.Dari suhu 139 darjah celsius ke suhu -12 darjah celsius memang manntopppp! (suhu tu aku tipu)..So bermula lah balik journey yg tertangguh untuk berapa jam minit saat dan apa-apalah..Sekian Terima Kasih.

Jalan-jalan dalam tidur~~~